, ,

Kerana 5 Minit, Gugur Amal Baik 20 Tahun

Ya Rasullullah, saya ingin beramal soleh, ikhlas kepada Allah tetapi pada masa yang sama, saya mahu orang lain tahu, biar orang nampak.

Nabi menjawab seperti firman Allah:

…فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلٗا صَٰلِحٗا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدَۢا  ١١٠

….."Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya".

QS Al-Kahfi:110

Sesiapa pun tidak boleh menyekutukan Allah dengan apapun, yakni segala amalnya rahsia dan jangan mudah untuk menceritakan apa yang kita lakukan kepada orang lain khususnya di Facebook.

Jangan mendedahkan diri yang menyebabkan dipuji oleh orang sehingga kita pun bersangka pahala ketika dipuji orang. 

Jika kita berbuat sesuatu yang dipuji orang lain jangan berkata “kenapa namaku tidak disebut” tetapi ikhlaslah, lakukan kerana Allah, cukup hanya Allah tahu.

Sabda Nabi: Jika seseorang itu memuji orang lain, seakan-akan yang dipuji itu umpama disembelih.

Sebab? Jika pujian itu menyebabkan riak dan takbur, ia akan menggugurkan amalnya dengan pujian. 

Ingat, ikhlas ruh kepada ibadah. Ikhlas rahsia kepada penerimaan ibadah.

Seorang hamba Allah berpuasa selama 20 tahun Isnin dan Khamis. 

Tidak ada orang tahu, syaitan ingin menggodanya untuk menjadikannya seorang yang hampa dengan amalan ikhlasnya selama 20 tahun.

Syaitan pun datang menyerupai seseorang ke rumahnya.

Syaitan: Saya ini orang ‘gharib’, asing, tiada sesiapa, bolehkah tuan pelawa saya memasuki rumah?

Hamba: Ahlan Wasahlan

Syaitan: Saya pun berpuasa dan tidak ada tempat untuk berbuka.

Hamba: Sila datang. Saya sediakan makanan sebentar lagi.

Syaitan: Cepatlah sikit sediakan makanan, lambat sangat, sebentar lagi azan sudah mahu berkumandang.

Hamba itu sedang mempersiapkan makanan dan diusik kemarahannya.

Hamba: Tahu tak sampai ke hari ini tidak ada orang yang berpuasa sebagaimana saya berpuasa.

Akhir sekali, tuan rumah sudah tidak tahan, dia marah kepada tetamunya.

Hamba: Aku 20 tahun puasa Isnin Khamis tidak pernah bising hendak berbuka macam kamu.

Lantas syaitan bangun pergi. Lagipun, dia memang tidak puasa. 

Syaitan berjaya menggoda hamba ini. 

Perbuatannya mengorek perbuatan tersembunyi selama 20 tahun, iaitu berpuasa Isnin dan Khamis dengan hanya 5 minit bersama dengan syaitan.

Oleh itu, amalan yang menghampirkan kepada ikhlas adalah amalan yang tidak diketahui orang.

Sehingga dikatakan Allah orang yang akan dilindungi Allah di hari kiamat ialah orang yang berinfak dengan tangan kiri, tangan kanan tidak tahu.

Rujukan:

Cocombee, Kerana 5 Minit, Gugur Amal Baik 20 Tahun 

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid 

https://www.youtube.com/watch?v=OFC-h2gHCvI

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%