,

Kisah Adi Bin Hatim Masuk Islam Ramai Tak Tahu

Kisah Adi bin Hatim

Ketika menempuh jalan yang panjang untuk bertemu Rasulullah, Adi bin Hatim membayangkan bahawa Rasulullah adalah seorang raja yang hebat dari segi keduniaan.

Namun, ketika melihat Baginda berdiri bersama seorang wanita tua lemah dalam waktu lama, Adi dapat merasakan kerendahan hati Rasulullah sehingga dia yakin bahawa Baginda bukan hanya sekadar raja tetapi juga seorang utusan Allah.

Rasulullah bercerita mengenai ajaran agama yang dianuti Adi secara terperinci, sehingga menyebabkan Adi yakin akan kenabian Rasulullah kerana tidak ada sesiapa di sekitar itu yang mengetahui tentang perkara tersebut, jadi siapa lagi yang memberitahu Rasulullah, melainkan Allah? 

Adi bukan hanya sekadar menemukan tanda-tanda kenabian yang benar pada sisi kehidupan Baginda, tetapi juga daripada tutur kata dan akhlak Baginda.

Selain itu, Rasulullah membahaskan mengenai halangan yang membuatkan Adi tidak mahu menerima kebenaran Islam pada awalnya, iaitu Adi melihat kaum Muslimin seperti lemah, miskin dan tidak kuat.

Jadi, Rasulullah memberi tiga tanda iaitu:

1. Rasa aman akan tersebar luas di penjuru Daulah Islam sehingga seorang wanita dari Iraq pergi ke Makkah tanpda perlu dijaga oleh sesiapa pun

2. Negeri Persia akan jatuh di bawah kekuasan Islam

3. Harta akan melimpah hingga tidak seorang pun mahu menerima sedekah

Ketika semua halangan itu lenyap dari hati Adi apabila ada tanda yang benar-benar berlaku, maka dia pun masuk Islam, meninggalkan perhiasan dunia dan kemewahan yang dimiliki kaumnya.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)