, ,

Bagaimana Al-Walid Bin Al-Mughirah Merancang Untuk Jatuhkan Rasulullah SAW

Semasa zaman awal perkembangan Islam di Makkah, ketika musim haji tiba, Al-Walid bin Al-Mughirah kumpulkan orang daripada kaumnya dan beritahu supaya mereka bersepakat untuk ‘label’ Rasulullah sebagai apa, sebab masa musim haji nanti ramai orang di sekitar Tanah Arab akan datang ke Makkah.

Mereka beri cadangan untuk ‘label’ Rasulullah dengan beberapa gelaran iaitu:

  1. Tukang ramal (dukun).

Tapi, Al-Walid berkata: “Dia bukanlah seorang tukang ramal, aku telah banyak melihat orang-orang tukang ramal, dan dia (Muhammad) tidak berkata dengan mantera, juga tidak kata-kata bersajak.”

  • Orang gila.

Tapi, Al-Walid berkata: “Dia bukan orang gila. Kita telah melihat orang gila dan kita mengetahui siapa dia (Muhammad), tidaklah dia suka mencekik, dia bukan orang yang terganggu fikirannya, dan tidak pula mengganggu orang lain.”

  • Penyair.

Tapi, Al-Walid berkata: “Dia bukanlah penyair, kita telah banyak mengetahui syair dengan keunikan bahasa, dengan keindahan, dengan sajak, dengan ringkasan katanya, dan yang datang daripadanya (Al-Quran) bukanlah syair.”

  • Ahli sihir.

Tapi, Al-Walid berkata: “Dia bukanlah tukang sihir. Kita telah banyak melihat para ahli sihir, tetapi dia tidak menggunakan buhul atau jampi-jampi.”

Setelah berbincang, berdasarkan semua label tu, akhirnya mereka bersepakat bahawa label yang paling sesuai ialah ahli sihir, dengan alasan bahawa Baginda menyihir dan memisahkan hubungan anak dengan bapa, hubungan dengan saudara, isteri dan ahli keluarga.

Lalu, Allah turunkan ayat Al-Quran berkenaan sikap Al-Walid bin Al-Mughirah, dalam surah Al-Muddaththir, surah ke-74 ayat 11 hingga 26. Boleh baca nanti di dalam Al-Quran.

Kaum musyrikin begitu berusaha keras untuk menjatuhkan Islam, bahkan sehingga sekarang. Namun, yakinlah bahawa Allah sentiasa akan bersama dengan orang-orang yang memperjuangkan agama-Nya.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr. Ali Muhammad As-Shallabi)

What do you think?

-3 points
Upvote Downvote

Total votes: 5

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 20.000000%

Downvotes: 4

Downvotes percentage: 80.000000%