, ,

Kebenaran Kewafatan Rasulullah Dalam Perang Uhud

Ketika pasukan pemanah muslimin melihat kekalahan orang Quraisy dan ternampak harta rampasan perang, mereka terus meninggalkan posisi mereka kerana menyangka perang telah berakhir.

Mereka tidak mendengar kata pemimpin pasukan mereka iaitu Abdullah bin Jubair yang telah mengingatkan supaya Rasulullah berpesan agar tidak meninggalkan posisi mereka.

Lalu, Khalid bin Al-Walid yang pada ketika itu masih lagi musyrikin berpatah balik bersama pasukan Quraisy dan menyerang kaum muslimin sehingga ramai para sahabat yang terbunuh. Keadaan menjadi kucar-kacir sehingga mereka juga berjaya mendekati Rasulullah yang cedera parah dilempar dengan batu hingga melukakan hidung, gigi dan kepada Baginda sehingga darah mengalir.

Dalam masa yang sama, ramai yang menyangka bahawa Rasulullah terbunuh. Apa sebabnya? Pada ketika itu, Ibnu Qami’ah iaitu musyrikin menyerang Mus’ab bin Umair dan berjaya membunuh Mus’ab. Disebabkan rupa paras Muss’ab sangat mirip dengan Rasulullah, maka Ibnu Qami’ah berkata kepada orang-orang Quraisy bahawa dia telah berjaya membunuh Rasulullah.

Berita kononnya Baginda telah dibunuh tersebar begitu cepat, sehingga menyebabkan pecah-belah kaum muslimin. Ada yang lari dari medan perang, ada yang duduk di tepi medan pertempuran tanpa ikut berperang, namun ada juga yang berjuang untuk mendapatkan syahid kerana telah menyangka Rasulullah telah syahid.

Namun, orang pertama yang sedar bahawa Rasulullah masih hidup ialah Ka’ab bin Malik, namun Baginda memintanya supaya diam supaya kaum musyrikin tidak mengetahuinya.

Peristiwa larinya sebahagian kaum muslimin daripada medan perang diceritakan di dalam Al-Quran:

“(Ingatlah) ketika kamu berundur lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasulullah (yang masih berjuang dengan gagahnya) memanggil kamu dari kumpulan yang tinggal di belakang kamu (untuk berjuang terus tetapi kamu tidak mematuhinya). Oleh sebab itu Allah membalas kamu (dengan peristiwa) yang mendukacitakan (kekalahan), dengan sebab perbuatan (kamu menderhaka) yang mendukacitakan (Rasulullah) itu, supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu, dan tidak (pula bersedih) akan apa yang menimpa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.” (Surah A-li’Imraan 3:153)

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Total votes: 6

Upvotes: 6

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%