,

Kebaikan Buah Tin Yang Ramai Orang Tidak Tahu

At-Tin, Buah Syurga (bahagian 2)

Tempoh pembentukan buah tin mempunyai banyak peringkat. Pohon tin jantan (caprifiguier), berperanan penting dalam perkembangan jenis buah Tin. Ia merupakan penampungan bagi lebah-lebah. Silih berganti di atas dahan pohon ini, tiga generasi buah tin, mamme, profichi dan mammoni.

Terdapat pula dua generasi (mammoni dan mamme), ia tempat pertumbuhan lebah dan lebah penghuni dua generasi buah tin ini. Kedua-duanya tidak memainkan peranan dalam proses pembuahan bunga-bunga tin.   

Adapun generasi ketiga, disebut sebagai (tin profichi), generasi inilah yang berperanan memindahkan benih buah kepada bunga-bunga Tin betina.

Dan bunga-bunga betina ini memberi makanan kepada lebah-lebah. Tin mamme bertanggungjawab memelihara kelangsungan hidup lebah-lebah tersebut.

Pohon tin betina adalah pohon yang memiliki tiga generasi seperti di atas (mamme, mammoni dan profichi), dan tin mammoni betina merupakan generasi yang menerima kehadiran lebah-lebah pembuah yang datang dari buah tin profichi jantan serta membentuknya menjadi buah yang matang dan siap di makan oleh manusia.

Serat yang terdapat dalam buah tin ini adalah serat terlarut dan tak terlarut. Serat terlarut yang terdapat di dalamnya, membantu gula dalam darah dan mengurangi kolesterol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran pencernaan.

Ketika serat ini melalui sistem pencernaan, serat pektin ini dapat memghapuskan  kolesterol dalam usus dan membawanya keluar dari tubuh.

Serat tidak terlarut pula, dapat melindungi dan mencegah kanser usus besar (kolon). Makanan yang kaya akan serat mampu mengurangi berat badan. Oleh kerana itu, buah tin juga sangat sesuai untuk mengatasi masalah berat badan.

Buat tin megandungi polyphenols yang tinggi. Zat ini berfungsi sebagai antioksidan yang amat penting untuk tubuh kita. Antioksidan ini dapat mengurangkan kesan radikal bebas yang bertindak sebagai kanser dalam tubuh kita.

Malah, serat yang tinggi pada buah tin dapat mengikat zat karsinogen yang menyebabkan terjadinya kanser pada saluran pencernaan.

Keberadaan serat, kalium (potassium) dan magnesium di dalam buah Tin, dapat mengurangi serangan angin dan mampu mengawal tekanan darah tinggi. Buah Tin sangat baik kepada pengidap penyakit darah tinggi kerana dengan memakan buah Tin dapat mencegah penyakit tersebut.

Ia adalah kerana kandungan kalium, omega 3 dan omega 6 bersama fenol dan magnesium pada buah tin atau ara membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan menjaga seseorang dari serangan jantung kronik

Untuk penyakit kencing manis (diabetis), serat yang terdapat di dalam buah tin dapat memperlahankan proses penyerapan glukosa bagi usus kecil.

Gabungan zat yang terkandung dalam buah tin iaitu serat yang tinggi. Karbohidrat dalam bentuk yang ringkas pula ialah glukosa dan fruktosa mampu mengawal kadar gula dalam darah seseorang.

Lima belas juta orang  penderita diabetis melitus di Indonesia, telah sembuh dengan menggunakan buah tin. Semenjak dua tahun terakhir ini, pohon Tin mudah ditemui kerana banyak orang membudayakan penanaman ficus carica itu.

Penderita diabetis melitus di Indonesia sentiasa meningkat seiring dengan pertumbuhan jumlah penduduknya sehingga buah tin boleh dijadikan bisnes baru bagi para petani di Indonesia.

Buah tin baik bagi wanita diawal menopos dan sebagai perlindungan dari kanser payudara. kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang mengamalkan buah yang kaya serat secara teratur akan mengurangkan kemungkinan terkena kanser dan penyakit  lainnya.

Tambahan dapat mengurangkan risiko kanser kulit. Dalam masa yang sama, ia berfungsi dalam merawat masalah kulit. Tin yang basah dan kering sangat bagus bagi ibu yang baru mengandung. Ia kerana zat besi yang terdapat pada ibu mengandung, banyak hilang semasa proses kelahiran. Ia berbeza dengan supplement zat besi yang banyak terjual di farmasi.

Bagi warga tua, kandungan kalsium dan kalium yang terdapat di dalam buah tin, dapat mencegah penipisan daripada tulang rapuh. Sekaligus membantu untuk meningkatkan kepadatan tulang. Dalam 100 gram buah tin mengandungi 241mg kalsium.

Jumlah ini dua kali lebih tinggi berbanding kandungan kalsium pada susu 118mg per 100 gram. Kalium dalam buah tin melawan untuk menghilangkan kalsium melalui urin sehingga mencegah kandungan tulang untuk menipis.

Sumber kalsium adalah alternative yang sangat baik bagi terapi perubatan bagi penghidap alergik produk tenusu. Bagi yang sukar tidur, ia dapat melancarkan proses tidur seseorang dengan baik. Ia juga dapat menyingkirkan penyakit insomnia.  

Hasil penelitian lanjut menemukan bahawa buah tin termasuk kategori buah yang dapat merangsang pembentukan hemoglobin darah. Di mana, ia dapat menyegarkan badan daripada kepenatan dan meningkatkan daya ingatan seseorang.

RUJUKAN
1. Ensiklopedia Mukjizat Al-Quran dan Hadis (kitab asal al-I’jaz al-‘ilmi fi Quran wa al-Sunnah). Prof. Dr Hisham Thalbah. 2008. Indonesia.
2. Tafsir Al-Azhar. Prof. Dr. Haji Abdul Malik Abdul Karim Amirullah. 2007. Jilid10. Pustaka Nasional Singapura.
3. Tafsir Al-Munir (juzu ‘amma). Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaily. 2001. Persatuan Ulama Malaysia.
4. Tafsir Ibnu Kathir. Dr. ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Abdurahman bin Ishaq Alu Syaikh. 2008. Jilid10. Pustaka Imam asy-Syafi’i.
5. Buah Tin Sebagai Diversifikasi Ubat Diabetes Melitus. Faiz Zuhad Mushoffi. 2010. Institusi Pertanian Bogor.
6. www.pohontin.wordpress.com. 2015.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nurain Afifah Bt Zakariya (nama pena: Ain Ma).

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%