,

Jangan Terkeliru Antara Niat Dan Lafaz Niat

Korang tahu apa kepentingan niat?

Ia memberi kesan pada ibadah seseorang, sama ada seseorang itu mendapat pahala atau tidak. Jom kita lihat contoh:

(a) Mandi : Semua orang mandi, tetapi jika orang tersebut berniat untuk mandi sunat atau mandi wajib, dia akan mendapat pahala berbanding orang yang hanya sekadar mandi sebagai rutin harian sahaja.

(b) Puasa : Tanpa niat sama ada puasa sunat atau Ramadan, orang itu hanya sekadar lapar dan dahaga sahaja.

(c) Solat : Tanpa niat untuk menunaikan solat fardhu atau sunat, orang itu seolah-olah melakukan senaman sahaja.

Satu lagi, jangan terkeliru antara NIAT dan LAFAZ NIAT.

NIAT = Dalam hati

LAFAZ NIAT = Di mulut

Dalam ibadah, NIAT adalah salah satu rukun dan perlu dilakukan, jadi cukup sekadar timbulkan dalam hati bahawa kita ingin menunaikan ibadah itu kerana Allah.

Sedangkan, LAFAZ NIAT di mulut itu sunat dan bertujuan untuk menambah keyakinan malah menolong hati untuk melakukan niat sebelum beribadah.

Maka, apa yang paling penting ialah NIAT di dalam hati.

Ibadah terbahagi kepada dua iaitu ibadah secara langsung dan tidak langsung.

Ibadah secara langsung seperti solat, haji dan puasa, ulama bersepakat bahawa niat adalah salah satu rukun dalam ibadah khusus, jadi ia tidak sah kecuali dilakukan dengan niat.

Malah, ia membezakan antara ibadah, contohnya dalam solat fardhu, tidak cukup sekadar niat untuk menunaikan solat sahaja, tetapi perlu tentukan jenis solat itu sama ada solat Zohor, Asar dan sebagainya.

Ibadah secara tidak langsung iaitu yang menjadi wasilah sahaja seperti wudhuk atau mandi, ulama berbeza pandangan.

Ulama mazhab Hanafi berpandangan bahawa niat adalah syarat sempurna sahaja bagi menghasilkan pahala, sedangkan ulama mazhab Syafi’e berpandangan bahawa niat adalah syarat sah untuk ibadah tidak langsung ini.

Wallahu’alam.