Ibrah dari Surah Al-Hadid, Ayat 1-3 Untuk Muslim Yang Sedang Berputus Asa.
Jom kita renungkan ayat 1-3 dari Surah Al-Hadid. Ini adalah Surah Madani menurut kebanyakan kisah para sahabat.
Surah ini turun empat tahun setelah hijrah berlaku. Umat Islam telah menempuhi banyak perkara dalam empat tahun ini dan salah satu masalah utama yang mereka alami adalah masalah dalam motivasi mereka.
Iman mereka tidak seperti dahulu dan Allah SWT memerhatikan bahawa terdapat beberapa elemen lemah dalam masyarakat Islam.
Kalangan umat yang baru memeluk Islam, mereka tidak menyedari apa yang mereka lakukan setelah mereka memeluk Islam.
Ada sebahagian yang menderita penyakit munafik.
Di kalangan para sahabat, tidak tertulis di dahi mereka, "Saya seorang munafik, saya seorang munafik" tetapi munafik ini merupakan masalah dalaman komuniti dan ia adalah suatu masalah tetapi Allah menujukan perkara itu secara umum.
Apa yang indah tentang surah ini walaupun ianya Madani, 6 ayat pertama dari surah ini terdengar seperti ayat Makkiyah.
سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ١
1. Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaran Allah). Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Segala sesuatu di langit dan bumi menyatakan kesempurnaan Allah, Dia adalah kuasa mutlak, Dia yang penuh hikmah.
Ayat pertama surah ini memperkenalkan kita kepada Allah.
Anda rasa ayat yang memperkenalkan manusia kepada Allah akan menjadi ayat Makkiyah atau Madani?
Itu akan menjadi ayat Makkiyah.
لَهُۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ يُحۡيِۦ وَيُمِيتُۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ ٢
2. Kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Orang-orang Islam tidak tahu bahawa Allah memiliki segalanya, Dia memiliki kerajaan langit dan bumi, Dia menghidupkan dan dia mematikan dan dia berkuasa sepenuhnya atas segala sesuatu
Adakah umat islam pada masa itu, tahun ke-4 selepas hijrah tidak mengetahui tentang ini?
Mereka sudah tahu atau tidak?
Mereka sudah mengetahui perkara ini. Ini adalah ayat-ayat yang anda menyangka Allah akan berikannya kepada orang-orang Quraisy kerana mereka tidak memikirkan ciptaan Allah.
Mereka tidak memikirkan langit, mereka tidak memikirkan bumi. Orang Islam sudah mengetahui semua ini tetapi Allah menjadikan kita memikirkannya lagi.
Jadi, mari kita mulakan dengan mengetahui bahawa Allah mengetahui bahawa kita adalah Muslim tetapi masih memberitahu kita tentang ini.
سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ ١
1. Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaran Allah). Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Segala sesuatu di langit menyatakan kesempurnaan Allah (apa yang salah dengan kita?) Apa yang terjadi pada tasbih kita?
Dia adalah kuasa tertinggi. Kenapa kuasa saya (Allah) tidak cukup sehingga kita tidak menghormatiNya?
Al-Hakim, penuh dengan kebijaksanaan, mengapa kita tidak mempercayai bahawa perkara yang Allah suruh kita lakukan itu baik untuk kita?
Mengapa kita tidak percaya pada kebijaksanaan Allah?
لَهُۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ يُحۡيِۦ وَيُمِيتُۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ ٢
2. Kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Kerajaan langit dan bumi adalah milikNya. Mengapa kita takut dengan musuh kita?
Kenapa kita takut?
Mereka mempunyai senjata, wang, mereka mempunyai kuasa di tangan mereka, itu akan membahayakan kita?
Tidak ada apa-apa di langit dan bumi yang berada di luar kerajaan Allah. Semua pertempuran antara kebenaran dan kebatilan berlaku di dalam kerajaan Allah.
Apa yang kita takutkan dengan orang lain?
Mengapa kita takut dengan orang lain?
Adakah kita takut mati?
Dia mengatakan- يُحۡيِۦ وَيُمِيتُ dia menghidupkan, dia mematikan. Mengapa kita bimbang tentang hidup dan mati.
Dia akan memberi dan Dia akan mengambil, kerana nyawa bukanlah milik kita, kita menyebut "hidupku".
Saya mahu menjalani hidup saya. Siapa kata kita memilikinya?
Dari mana kita mendapat perkataan "Saya ada"? Jika kita sebut tangan saya sakit, adakah itu tangan kita?
Berapa yang kita bayar untuknya?
Dari mana kita mendapatkannya? Amazon?
Di manakah kita mendapatkan tangan kita, hidup kita, kereta kita, rumah kita, dan sebagainya.
Apa yang kita ada?! Dia menghidupkan, Dia memberikan kematian, Dia memberi kita kesempatan ini dan Dia akan mengambil kesempatan ini.
…وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ…
Dan kita menyangka, Dia tidak akan berbuat demikian. Tidak, Dia dapat melakukan apa sahaja, Dia dapat mengendalikan segala-galanya
…..هُوَ ٱلۡأَوَّلُ وَٱلۡأٓخِرُ ….
Dia adalah yang pertama dan terakhir, dan ada banyak tafsiran mengenai ini tetapi jika dilihat dari konteks diri kita, keutamaan pertama, pemikiran pertama di hari kita apa yang kita sepatutnya lakukan?
Kita perlu memikirkan Allah. Perkara terakhir yang kita tinggalkan sebelum tidur, kita fikirkan Allah. Apa yang kita buat untuk Allah hari ini?
Sebelum kita tidur, fikirkan kita tidak tahu sama ada kita akan bangun semula pada keesokan harinya dan kita tidak tahu sama ada esoknya kita berdiri di hadapan Allah
Jadi, pemikiran pertama di permulaan hari kita semestinya Allah dan pemikiran terakhir di penghujung hari kita mestilah Allah juga.
Kesimpulannya, jangan bimbang dalam menjalani kehidupan seharian kita yang kadangkala dipenuhi masalah, kerana semua perkara itu berlaku di atas kekuasaan Allah.
Kita tidak perlu menjalani hidup di dunia ini berdasarkan pendapat manusia tetapi hiduplah di dalam keredhaan Allah !
Fikirkanlah di setiap masalah yang kita hadapi, Allah pasti hadirkan jalan keluarnya kerana Allah yang mengawal segalanya.
Allah mampu memberi kita masalah dan mampu memberi kita jalan penyelesaian yang terbaik untuk masalah itu.
Apa yang perlu kita lakukan ialah menjalani hidup ini sesuai dengan perintahNya kerana itu tujuan kita diciptakan di dunia.
Rujukan:
Al-Qur’anul-Karim, Al Hadid: 1-3