, ,

6 Hikmah Ujian Yang Dihadapi Rasulllah SAW Ketika Berdakwah

Seperti sunnatullah para anbiya’ dan kaum terdahulu, tak mungkin tertegak sesuatu kecuali setelah berlalu dengan tahap-tahap ujian yang berbeza.

Melalui ujian, Allah ‘menapis’ hamba-Nya yang kotor dan bersih. Malah, ujian tak turun melainkan untuk menguji iman orang Islam.

Jom kita lihat… 6 hikmah daripada ujian yang dilalui ketika berdakwah.

  1. Dapat bersihkan jiwa

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (Surah Al-‘Ankabuut 29:2)

  • Suatu pendidikan bagi orang Islam

Ujian adalah suatu didikan kepada Muslim yang terkandung di dalamnya kebaikan, kekuatan dan kesediaan untuk berkorban.

  • Menyedari kelemahan jiwa

Allah tahu hakikat atau kebenaran jiwa seseorang sejak sebelum terjadinya ujian. Lalu, ketika ujian itu berlaku, barulah tersingkapnya ilmu Allah yang tak mampu dicapai oleh akal manusia.

  • Persiapan untuk memikul amanah

Allah ingin memberi persiapan yang khusus kepada orang Islam yang benar-benar kukuh imannya. Tak akan tercapai matlamat ujian melainkan dengan melawan nafsu syahwat, dan bersabar terhadap kesakitan yang dihadapi .

  • Tahu hakikat diri

Melalui ujian, orang Islam dapat melihat macam mana prinsip-prinsip dakwah mereka apabila berhadapan dengan godaan di dalam jiwa, sehingga mereka tahu tipu daya syaitan terhadap jiwa mereka.

  • Angkat darjat di sisi Allah dan hapuskan dosa

Rasulullah Sollallaahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Tidaklah seorang mukmin terkena duri atau yang lebih daripadanya kecuali Allah akan mengangkat darjatnya atau menghapus dosanya.” (Hadith riwayat Muslim)

Kedudukan di sisi Allah terkadang tak diperoleh melalui amal kebaikannya, tetapi diperoleh melalui ujian.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr. Ali Muhammad As-Shallabi)