, ,

Abu Bakar Bukan Hanya Sekadar Sahabat Baik Nabi, Bahkan ‘Barang Berharga’ Yang Telah Dipersiapkan Allah SWT

Siapa yang tak kenal dengan Abu Bakar As-Siddiq, kan? Beliau adalah sahabat baik kepada Rasulullah dan juga orang lelaki dewasa yang pertama masuk Islam.

Keislaman Abu Bakar bukan hanya sekadar dirinya sendiri, tetapi beliau juga menjadi asbab untuk ramai lagi sahabat nabi untuk masuk Islam.

Nak tahu apa keistimewaan yang dimiliki Abu Bakar? Jom kita lihat…

  1. Seorang yang disukai oleh semua orang sebab sangat bertolak-ansur.
  2. Berkedudukan tinggi dalam kalangan Quraisy dan yang paling tahu tentang sejarah Quraisy sama ada dari segi baik atau buruk.
  3. Seorang ahli perniagaan, terhormat, berakhlak dan dikenali.
  4. Pemuka atau wakil kaumnya yang selalu dikunjungi orang sekitar untuk dapatkan bantuan, urusan dagang, ilmu atau hanya sekadar bersembang sebab sikapnya yang sopan.

Beliau seolah-olah ‘barang berharga’ yang telah dipersiapkan Allah kepada Nabi Muhammad Sollallaahu ‘Alaihi Wasallam.

Sehinggakan, Rasulullah sendiri menyatakan bahawa: “Sahabatku yang paling sayang kepada umatku adalah Abu Bakar.”

Selaku orang terhormat dan ada kedudukan dalam masyarakat, Abu Bakar mudah untuk membantu urusan dakwah Rasulullah.

Bahkan, sehingga berjaya mengislamkan lima orang sahabat yang akhirnya menjadi tonggak dakwah Islam iaitu Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf, Sa’ad bin Abi Waqqas, Zubair bin Al-Awwam, Talhah bin Ubaidillah.

Semangat dakwah Abu Bakar tak pernah luntur, tak pernah pudar, malah selepas Rasulullah wafat sekalipun, beliau tetap bersemangat untuk dakwah, sehingga menjadi pemimpin utama setelah ketiadaan Baginda.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr. Ali Muhammad As-Shallabi)