Tahukah anda, hijrah ke Habasyah terjadi dua kali? Cuma, sekarang ni kita akan fokus pada hijrah pertama saja dulu.
Jom kita lihat, apa perkara penting mengenai faktor hijrah kali pertama ke Habasyah.
- Faktor keimanan
Semakin ramai orang yang memeluk agama Islam, secara tak langsung kaum kafir Quraisy semakin kuat melakukan penindasan kepada orang Islam, mereka seksa dan penjarakan orang Islam, malah sangat ingin menghancurkan agama Islam.
2. Menyelamatkan agama
Selamatkan agama daripada kaum musyrikin adalah antara sebab utama hijrah kali pertama ke Habasyah,
3. Menyebarkan dakwah Islam di luar Makkah
Rasulullah mula mencari alternatif tempat berdakwah selain Makkah, iaitu lokasi yang dapat beri perlindungan, keselamatan dan kebebasan untuk mengamalkan Islam.
Ada yang menyatakan bahawa hijrah mereka ke Habsyah hanya untuk selamatkan diri semata-mata, tetapi jika sedemikian semata-mata, pasti yang berhijrah tu majoritinya ramai yang lemah dan yang diseksa, tetapi sebaliknya hijrah pertama ke Habasyah ni ramai disertai orang-orang yang ada pengaruh kuat dalam kabilah masing-masing.
4. Mencari tempat aman bagi kaum muslimin
Strategi keamanan Rasulullah adalah untuk pastikan kaum muslimin terpelihara keamanannya. Sebab tu, Rasulullah melihat bahawa Habasyah adalah tempat yang sesuai, sehinggalah penindasan daripada kaum kafir Quraisy dapat diatasi.
Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr. Ali Muhammad As-Shallabi)