, ,

Kenapa Rasulullah Memilih Habasyah?

Apa keistimewaan yang terdapat pada Habasyah sehingga Rasulullah memilih hijrah pertama umat Islam ke sana?

Jom kita lihat… apa keistimewaannya.

  1. Raja yang adil

Raja Najasyi seorang yang adil dan bijaksana. Dia tak pernah zalimi orang yang hidup di negerinya. Sebagai bukti, dia berikan perlindungan kepada kaum muslimin, malah tersentuh apabila mendengar surah Maryam yang dibacakan oleh Ja’afar di hadapannya.

2. Kerjasama dagang dengan kaum Quraisy

Negeri Habasyah dianggap sebagai salah satu pusat perniagaan di Jazirah Arab, malah boleh jadi kaum muslimin tahu tentang negeri ni masa mereka berdagang. Selain tu,mereka juga pernah dapat keuntungan dan keamanan masa berdagang di sana.

3. Negeri yang aman

Masa tu, tak ada negeri di luar Jazirah Arab yang lebih aman dari Habasyah. Hal ini adalah kerana pemerintahnya adil dan tak berbuat zalim.

4. Kecintaan Rasulullah kepada Habasyah

Habasyah antara adalah negeri yang paling disukai Rasulullah untuk menjadi tempat untuk Baginda berhijrah. Antara faktor kecintaan tersebut adalah: (1) Pemerintah Najasyi yang adil. (2) Keteguhan rakyat Habasyah yang menganut agama Nasrani sebagai agama yang lebih dekat kepada Islam daripada agama-agama berhala. (3) Pengetahuan Rasulullah tentang keadaan Habasyah dari sejak Baginda diasuh oleh Ummu Aiman, yang mana Ummu Aiman berasal dari Habasyah.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr. Ali Muhammad As-Shallabi)