, ,

Hijrah Kali Ke-2 ke Habasyah, Kenapa?

Setelah hijrah pertama ke Habasyah dan para sahabat pulang semula ke Makkah disebabkan yakin tentang keislaman Hamzah dan Umar memberi sinar dakwah di Makkah.

Namun, sebaliknya kaum Quraisy semakin berusaha keras untuk melawan Rasulullah dengan cara baharu, antaranya ialah pemboikotan ekonomi ke atas kaum muslimin.

Kesannya, pemboikotan ini menjadi antara asbab hijrah kali kedua ke Habasyah dengan keizinan Rasulullah, malah kali ini bilangannya juga lebih ramai iaitu lebih kurang lapan puluh dia orang termasuklah lelaki, wanita dan anak-anak kecil.

Adakah kaum Quraisy berdiam diri? Tidak. Kaum Quraisy berasa tidak senang apabila para sahabat yang berada di Habasyah mendapat ketenangan dan peluang untuk beribadah kepada Allah.


Jadi, mereka mengadakan perbincangan penting untuk memilih siapa yang boleh menjadi utusan kepada raja kepada Habasyah iaitu Raja Najasyi, sebagai usaha untuk mengambil semula kaum muslimin yang berada di bawah perlindungan Habasyah.

Setelah berbincang, wakil kaum Quraisy pada ketika itu ialah:

  • Abdullah bin Abu Rabi’ah bin Mughirah Al-Makhzumi
  • Amr bin Al-Ash bin Wail As-Sahmi

Mereka membawa pelbagai macam hadiah daripada hasil kota Makkah untuk diberikan kepada Raja Najasyi dan pembesar-pembesarnya.

Antara benda yang dibawa ialah koleksi kulit-kulit yang telah disamak, mereka tidak terus serahkan kepada Raja Najasyi tetapi mereka serahkan dulu kepada para pembesar dengan tujuan untuk ‘mengambil hati’ dan mendapat sokongan para pembesar sebelum bertemu dengan Raja Najasyi sendiri.

Tetapi, adakah mereka berjaya memujuk Raja Najasyi untuk menyerahkan orang Islam di Habasyah? Nantikan…

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)

What do you think?

14 points
Upvote Downvote

Total votes: 102

Upvotes: 58

Upvotes percentage: 56.862745%

Downvotes: 44

Downvotes percentage: 43.137255%