Sebenarnya, kaum Muslimin sempat merasai kekalahan pada bahagian awal peperangan kerana beberapa sebab. Nak tahu? Jom baca.
1. Ada sifat ujub dalam hati ketika melihat jumlah mereka yang ramai, sehingga ada yang mengatakan: “Hari ini kita tidak akan kalah kerana jumlah yang sedikit.” Secara tidak langsung, ia memberi kesan kepada Rasulullah sehingga mereka kalah pada awalnya.
2. Tidak membuat persiapan peperangan yang lengkap kerana ada kaum muda yang turut berjihad tanpa senjata atau persenjataan yang memadai, mereka hanya bermodalkan semangat.
3. Pihak musuh datang dalam keadaan barisan terbaik yang pernah dilihat, iaitu barisan depan diisi barisan kuda, diikuti barisan pasukan, diikuti kaum wanita, diikuti kambing dan unta. Kaum wanita juga dibawa bersama bagi menyuntik semangat kepada pihak musuh yang berperang.
4. Walaupun jumlah kaum Muslimin ramai, tetapi pasukan kaum musyrikin lebih banyak sehingga mencapai dua kali ganda tentera Islam.
5. Pihak musuh sampai lebih awal di Hunain untuk menghadapi tentera Islam. Jadi, mereka berpeluang untuk memasang perangkap dan meletakkan pasukan pemanah di jalanan lembah di kedua sisi, sehingga mereka mampu menyerang kaum Muslimin secara tiba-tiba dengan menghujani anak panah.
6. Sebahagian kelompok kecil kaum Muslimin yang baru masuk Islam di Makkah dan masih lemah Iman, mereka lari kucar-kacir, sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan dan kekalahan pada tentera Islam yang lain.
Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)