, ,

Di Saat Khadijah, Isteri Rasulullah Meninggal Dunia..

Khadijah merupakan salah satu kurniaan teragung daripada Allah kepada Rasulullah, malah Baginda sempat hidup bersamanya lebih kurang 25 tahun.

Khadijah sentiasa mendampingi Baginda dengan penuh perhatian terutamanya ketika ujian atau keresahan melanda Baginda dan memberi sokongan tatkala genting.

Malah, Khadijah membantu menyebarkan agama Islam, sentiasa bersama Baginda mengharungi perit dan payahnya perjuangan, termasuk jugalah menyokong dari segi jiwa dan hartanya.

Dalam hadith riwayat Ahmad, Rasulullah ada menyatakan tentang isteri tercintanya, Khadijah.

“Dia mengimaniku ketika banyak manusia mengingkariku. Dia percaya pada kejujuranku ketika banyak manusia menuduhku berdusta. Dia memanfaatkan hartanya untukku ketika banyak manusia memulauku. Daripadanya, Allah mengurniakanku anak dan tidak daripada isteri-isteriku yang lain.”

Dalam hadith riwayat Bukhari juga, Abu Hurairah menyatakan,

Suatu ketika, Jibril mendatangi Nabi Muhammad. Dia lalu berkata, ‘Wahai Rasulullah, Khadijah datang menghampirimu. Dia membawa sebuah bekalan berisi makanan dan air minuman. Jika dia sampai nanti, sampaikanlah kepadanya bahawa Allah menitipkan salam untuknya. Janjikanlah untuknya sebuah rumah rotan di syurga yang di dalamnya tidak ada pergaduhan mahupun kesusahan.’

Khadijah meninggal dunia pada usia 65 tahun, yang juga tahun kesepuluh kenabian iaitu dua atau tiga bulan selepas kematian Abu Thalib. Malah tahun itu juga dikatakan tahun dukacita kerana kematian dua orang yang sangat Baginda kasihi iaitu isterinya Khadijah dan pak ciknya Abu Thalib.

Rujukan : Kitab Ar-Rahiq Al-Makhtum (Syeikh Sofiyurahman Al-Mubarakfuri)

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%