, ,

Cara Bentuk Akhlak Baik Ramai Tak Tahu

Akhlak yang baik terhasil daripada akidah yang kukuh dalam diri seseorang.

Jika seseorang itu mempunyai keimanan kepada Allah dan tidak mensyirikkannya, tidak ada masalah baginya untuk mempunyai akhlak yang baik.

Kerana dia akan berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan larangannya.

Dalam masa yang sama, akhlak yang baik tidak akan wujud secara tiba-tiba dalam diri seseorang.

Ia perlu dilatih dan memerlukan usaha yang jitu supaya tingkah laku tersebut bukannya lakonan semata-mata.

Jadi, ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk membentuk akhlak manusia, iaitu:

(a) Berada dalam persekitaran yang soleh

Jika kita dikelilingi orang-orang baik, tempat dan suasana yang baik, secara tidak langsung kita juga akan terdorong untuk melakukan kebaikan.

Contohnya, apabila berada dalam masjid dan kita melihat ramai yang membaca al-Quran atau solat sunat.

Dalam hati kecil kita pasti akan terdetik untuk melakukan perkara yang sama.

(b) Latihan dan amalan yang konsisten

Akhlak tidak boleh dipelajari melalui teori semata-mata.

Ia perlu diterjemahkan melalui kelakukan kita.

Pada mulanya, boleh jadi kita ada perasaan terpaksa, namun lama-kelamaan kita akan terbiasa.

Begitulah juga dalam melakukan ibadat, contohnya solat.

Sejak kecil perlu dididik anak-anak untuk solat walaupun masih belum baligh supaya mereka sudah terbiasa untuk melakukan perkara tersebut.

Lakukan juga amalan-amalan sunat secara berterusan seperti membaca al-Quran, berzikir, solat sunat dan puasa sunat.

Agar diri kita tidak terdorong untuk melakukan akhlak yang buruk.

(c) Melaksanakan mujahadah

Nafsu sememangnya berkehendakkan dunia, jadi nafsu perlu dikawal supaya ia tidak mengawal kita.

Sesetengah orang berpendapat bahawa sukar untuk mempunyai akhlak yang baik kerana mereka merasakan bahawa akhlak tidak boleh diubah.

Alasan mereka adalah akhlak itu seolah-olah kejadian tubuh badan manusia yang tidak boleh diubah.

Contohnya, manusia tinggi tidak boleh berubah menjadi pendek.

Sedangkan, Rasulullah sendiri begitu menekankan manusia agar mengamalkan akhlak yang baik.

Namun, bagaimana caranya?

Sudah pastilah melalui pelaksanaan mujahadah itu melawan hawa nafsu itu sendiri.

Terkadang, kita perlu memaksa diri supaya tidak terpengaruh dengan keinginan hawa nafsu.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%