Mengapa Rasullullah memberitahu kepada orang miskin atau kelaparan atau susah jika kamu tahu apa yang Allah sediakan untuk kamu di akhirat, maka kamu akan meminta hidup dalam keadaan ini?
Agar manusia apabila menghadapi masalah, tidak melihat kepada masalah.
Baginda tidak mengajar kita melihat sisi negatif suatu masalah, tetapi untuk melihat kebaikan dari masalah itu.
Oleh itu, jika kita tahu apa yang dikurniakan Allah kepada kita dalam kemiskinan kita sekarang yang kita tidak nampak, kita pasti akan menghargainya.
Jika apa yang kita hendak itu sesuatu yang besar, pengorbanan yang kita korbankan mestilah dianggap kecil.
Sebagai contoh, jika kita mahu memancing ikan yang besar, tetapi menggunakan umpan ikan yang kecil, perkara ini sesuatu yang tidak sepadan.
Jika mahu mendapat ikan besar, umpannya mesti juga besar.
Imam Ali Bin Muhammad Bin Hassan Al-Habsyi mengatakan:
وإذا تـأخـر مـطـلـب فلـربـمـا فـي ذلـك التأخيـر كـل المطـمـع
Kalau permintaan kamu tak kunjung tiba, maka hendaklah kamu berasa selesa kerana yang disimpan Allah adalah perkara yang baik.
Dengan tidak diberi apa yang kita minta, tersimpan rahsia besar yang Allah mahu kurniakan kepada kita.
فاستأنسـي بالمنـع
Biasakan kamu selesa dengan tidak diberi…
Mengapa harus selesa dalam keadaan tidak diberi?
Kerana yang disimpan atau tidak diberi jauh lebih baik dari apa yang kita dapat jika diberi asalkan kita redha dengan tidak diberi.
Orang yang bijak akan memilih pemberian yang lebih besar dari yang kecil.
Sebab sifat redha itu adalah sifat orang yang kembali kepada Allah
Kalau hal-hal yang seperti ini bermain dalam hati perasaan kamu, (buruk sangka kepada Allah kerana tidak dikabulkan permintaan)
Bangkitlah kamu
Daripada kelalaian kamu dan tetaplah kamu berdiri di pintu harapan
ولـي كن الرجـا لـك مرتعـا فيـه ارتعـي
Dan jadikan pintu harapan tempat untuk kamu sentiasa menghadap Allah
Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan Allah kepada kita sekarang.
Jika diuji dengan masalah apapun, yakinlah bahawa itu adalah yang terbaik bagi kita pada masa itu.
Rujukan:
Cocombee, Bersabarlah, Yang Allah Simpan Lebih Baik, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
https://www.youtube.com/watch?v=qtHOC4gq8HI