,

Cinta Masyitah Kepada Allah Melebihi Segala-Galanya Hingga Sanggup Dibunuh Firaun

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

قُلۡ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُكُمۡ وَإِخۡوَٰنُكُمۡ وَأَزۡوَٰجُكُمۡ وَعَشِيرَتُكُمۡ وَأَمۡوَٰلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَٰرَةٞ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَا وَمَسَٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ أَحَبَّ إِلَيۡكُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٖ فِي سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِيَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦۗ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَٰسِقِينَ

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” (Surah At-Taubah 9:24)

Secara jelas kita lihat bahawa Masyitah mencintai Allah melebihi diri dan anak-anaknya sendiri. Mana tidaknya, dia sanggup korbankan nyawa hanya semata-mata untuk pertahankan tauhid kepada Allah.

Walaupun ketika tiba giliran bayi kecilnya dibunuh, Masyitah berasa berat hati untuk melakukannya, tetapi itu atas dasar kasih sayang seorang ibu kepada anak bukannya kerana dia mencintai anaknya melebihi cinta Allah.

Namun, dengan kekuasaan Allah, bayi tersebut mampu berkata-kata bagi memberi semangat kepada ibunya.

Saya percaya, mungkin kita tak diuji sampai tahap macam tu, iyalah sampai nak kena korbankan nyawa orang yang tersayang.

Cuma, kita kena muhabasah diri, kalau kita betul-betul mencintai Allah, apa buktinya?

Sedangkan…

Selama ni kita lebih mengutamakan urusan dunia berbanding akhirat?

Selama ni kita lebih memenuhi kehendak manusia berbanding Allah?

Selama ni kita lebih menjaga hati manusia berbanding menegakkan hukum Allah?

Nota kaki : Artikel ini ditulis oleh Aizuddin Hamid. Layari https://t.me/aizuddinhamiid untuk perkongsian bermanfaat.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%