, ,

Balasan Buruk dan Baik Kepada Umat Yang Disaksikan Rasulullah Ketika Isra’ Mikraj

Ketika peristiwa Isra’ Mikraj, Rasulullah berpeluang menyaksikan balasan buruk yang berlaku kepada umat. Antaranya ialah:

  • Penyakit ghibah iaitu mengumpat.

Rasulullah telah melihat orang-orang yang memakan bangkai busuk.

Malaikat Jibril memberitahu bahawa mereka sedang memakan daging busuk manusia.

  • Memakan harta anak yatim.

Rasulullah telah melihat orang-orang yang ada bibir besar seperti bibir unta, sementara tangan mereka ada bara-bara api yang membara, kemudian batu-batu yang menyala itu mereka lempar ke dalam mulut mereka dan keluar semula dari dubur mereka.

Malaikat Jibril memberitahu bahawa mereka adalah orang yang makan harta anak yatim secara zalim.

  • Memakan harta riba.

Rasulullah telah melihat suatu kaum yang perut mereka membuncit, ada banyak ular yang boleh dilihat secara jelas dari luar perut mereka.

Malaikat Jibril memberitahu bahawa mereka ada orang yang makan harta riba.

Ketika peristiwa Isra’ Mikraj juga, Rasulullah berpeluang menyaksikan kesan baik yang berlaku kepada umat. Antaranya ialah:

  • Orang-orang yang berjihad.

Rasulullah telah melihat suatu kaum yang menanam tumbuhan dan mendapat hasil pada hari yang sama, malah setiap kali hasil itu diambil maka tumbuhan tu terus mengeluarkan lagi hasil.

Malaikat Jibril memberitahu bahawa mereka adalah orang yang berjihad di jalan Allah dan diberi ganjaran sebanyak tujuh ratus kali ganda, malah apa yang mereka nafkahkan maka Allah akan menggantikannya.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)