, ,

Bai’at Aqabah Ke-2 Jalan Menuju Hijrah..

Pada tahun ke-13 kenabian iaitu sebelum hijrah ke Madinah, bai’at Aqabah kedua telah berlaku. Ia melibatkan 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan daripada kabilah Aus dan Khazraj yang telah masuk Islam.

Mereka telah masuk Islam di tangan Mus’ab bin Umair di Madinah kemudian mereka ingin berbai’at bersama Rasulullah di Makkah. Mereka datang ke sana pada musim haji.

Rasulullah bertemu mereka di Aqabah, seperti bai’at yang pertama. Namun, pada kali ini, Baginda ditemani bapa saudaranya iaitu Abbas bin Abdul Mutalib yang pada ketika itu masih lagi belum masuk Islam.

Antara beberapa isi perjanjian tersebut ialah:

  • Dengar dan taat dalam keadaan semangat atau kurang semangat.
  • Memberi infak pada masa susah atau senang.
  • Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.
  • Tetap berada di jalan Allah dan tak peduli dengan celaan orang yang mencela.
  • Mempertahankan Rasulullah seperti mana mereka mempertahankan isteri dan anak mereka sendiri.

Setelah majlis bai’at itu selesai, Rasulullah melantik 12 orang daripada mereka untuk menjadi naqib iaitu ketua kumpulan. Daripada jumlah itu, 9 daripada kabilah Khazraj dan 3 orang daripada Aus.

Sejak itu, semakin ramai yang memeluk Islam di Madinah. Malah, setelah mendapat jaminan dan bai’at daripada orang Madinah, Rasulullah berasa sudah tiba masanya untuk kaum muslimin yang ditindas dan diseksa di Makkah untuk berhijrah ke Madinah.

Lalu, mereka berhijrah sedikit demi sedikit ke Madinah secara sembunyi supaya tidak diketahui kafir Quraisy, tetapi Rasulullah masih lagi belum berhijrah selagi mana belum mendapat keizinan daripada Allah.

Rujukan : Kitab Kelahiran Teragung (Ustaz Muhadir Haji Joll)

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%