,

Bahagia Itu Bila Allah Sayang

Aishah dan Humaira dalam perjalanan ke masjid al-Ubudiah di Shah Alam. Perjalanan ini mengambil masa 3 jam dari Taman Bukit Tiram ke Shah Alam dirasakan singkat.

Dalam menelusuri untuk menempuh jalan menuntut ilmu, dua sahabat ini tidak jemu untuk saling meneman untuk mendengar ceramah ilmu.

Dua sahabat ini sentiasa bersama-sama menempuh duka lara dalam menghidupkan api dakwah agar dapat disebarkan.

Adik Humaira, masa itu emas, pendakwah perlu merentasi lautan ilmu. Tanpa ilmu, pendakwah akan hanya akan mendakwah tanpa isi di dalam ceramahnya”, pesan Aishah terhadapadiknya” Humaira dengan bersungguh-sungguh. Humaira sudah bagaikan adiknya di IPG di Kelantan.

Iye kak Aishah, kita beruntung kerana Allah sentiasa memudahkan urusan kita dalam menuntut ilmu”, balas Wawa sambil tersenyum memanjang.

Humaira merasa sangat beruntung kerana memiliki sahabat seperti kak Aishah. Sentiasa bersama-sama di kala susah dan senang dalam menelusuri jalan menuju cinta Ilahi.

Aishah termenung jauh seketika. Aishah sememangnya amat minat terhadap Ustaz Muhammad yang merupakan rakan seperjuangan usrah ketika di IPG dahulu, Ketika Muhammad menyebarkan dakwahnya di dalam Youtube, dakwahnya kian diterima di kalangan masyarakat kerana tutur katanya penuh hikmah dan ilmunya penuh mendalam.

Muhammad juga telah berguru dengan beberapa guru yang bertauliah bagi memenuh ilmu di dadanya. “Sungguh hebat Muhammad, walaupun tidak berlatar belakang agama, namun ilmu penuh di dada”, bisik hatinya.  

Akhirnya mereka tiba di Masjid Al Ubudiah yang merupakan medan dakwah dan gudang ilmu bagi sesiapa yang dahagakan ilmu. Akhirnya kelihatan Muhammad sedang berjalan ke hadapan bagi menyampaikan ilmu.

Begitu semangat dan berkarisma Muhammad yang mahu menyebarkan dakwah dengan ilmu. Kelihatan Muhammad begitu segak mengenakan pakaian sunnahnya dengan berjubah dan berserban.

Aishah tersipu dan tersenyum malu dengan pipinya kemerah-merahan. Lantas Humaira menyiku nakal kakak angkatnya itu, “Kak Aishah, ingat…k ita di sini untuk menimba ilmu bagi menyucikan jantung hati kita dari sifat mazmumah”, Humaira menegur nakal kakak angkatnya itu.

Aishah terkejut dengan sindiran adik angkatnya itu. Lantas Humaira berkata “Tidak mengapa, cinta kerana Allah insyaAllah Allah permudahkan, bagaikan kita bersahabat kerana Allah,” pesan nakal Humaira terhadap kakak angkat kesayangnnya itu.

Humaira tahu benar akan kakak angkatnya itu menaruh perasaan terhadap Muhammad. Aishah tersipu malu mendengar celoteh adik angkatnya itu. Namun jodoh adalah rahsia Allah.

Bahagia yang sebenarnya bila Allah sayang. Pedulikan apa yang orang kata, asalkan Allah sayang kita”, Muhammad memulakan ceramahnya.

“Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah, bahagia yang sebenar apabila hati ini kaya. Hati yang kaya, insyaAllah hidup ini bahagia. Jantung hati insan memerlukan penawar. Apakah penawar bagi jantung hati insan?” Muhammad kembali menyoal.

Aishah mendengar penuh minat sekali, “Memang hati saya penuh dengan dukacita dan keserabutan disebabkan dunia yang menipu, apakah penawar bagi penyakit hati ini?” Aishah menyoal di dalam hati sambil menunggu jawapan daripada Muhammad.

Muhammad kembali memberi jawapannya penuh hikmah seolah-olah mengerti akan persoalan hati di dalam jantung hati Aishah.

Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan menghadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah…..”

Ini bukan kalam saya, ianya kalam ulama silam yang berpengalaman dalam mencari jalan menuju Ilahi,” jelas Muhammad.

Aishah merasa puas mendengar majlis ilmu yang disampaikan Muhammad rakan IPG nya. Penuh kelembutan dan penuh hikmah menyebabkan ramai yang tertarik dengan ceramahnya.

Setelah selesai ceramah, Muhammad dan Aishah bertentang mata. Muhammad menyampaikan nasihat kepada Aishah sebelum berpisah, “Aishah amalkan doa ini, insyaAllah Allah akan memudahkan urusan Aishah”,

“Ya Haiyyu, Ya Qayyum
Dengan rahmat Mu daku memohon pertolongan
Baikilah seluruh urusanku
Jangan Engkau serahkan diriku ini kepadaku
Walaupun sekelip mata…..”

(Riwayat Al Nasai)

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Muhd Ridhuan bin Sulaiman. Berasal dari Shah Alam, Selangor. Bekerja sebagai jurutera awam di ibu pejabat JKR Malaysia.

Anda berminat untuk menyertai Pertandingan Penulisan Islamik iLuvislam dan berpeluang memenangi hadiah Utama RM300 dengan cara menghantar artikel hasil penulisan anda? Klik sini