- Haritsah bin Suraqah
Ibunya bertemu Rasulullah dan bertanya mengenai kedudukan Haritsah sama ada di syurga atau sebaliknya. Jika di syurga, dia sabar dan ikhlas. Jika tidak, apa yang harus dia lakukan.
Kata Baginda: “Apakah engkau telah kehilangan akal sihat? Dan apakah engkau menyangka bahawa syurga itu hanya satu? Sesungguhnya syurga banyak dan bertingkat darjatnya. Anakmu berada di syurga paling tinggi iaitu Firdaus.”
- Auf bin Al-Harits
Setelah meminta saranan Rasulullah yang bertujuan untuk menunjukkan keikhlasan dan keberaniannya dalam melawan musuh, Auf membuka baju besi dan melemparkannya. Dia berperang tanpa baju besi lalu mengambil pedang untuk melawan musuh sehingga dia syahid.
- Sa’ad bin Khaitsama
Sebelum perang Badar, Sa’ad dan ayahnya mencabut undi, siapa antara kedua mereka yang akan pergi berperang. Lalu, hasil undian memihak kepada Sa’ad. Ayahnya meminta supaya Sa’ad tidak pergi dan membiarkan ayahnya pergi, namun Sa’ad menolak dengan baik kerana nikmat syurga yang dinantikan. Ketika berperang, Sa’ad telah syahid.
- Umair bin Abi Waqqash
Pada awalnya, Umair ditolak daripada ikut dalam perang Badar kerana dia masih kecil. Lalu dia menangis sehingga Baginda memberi keizinan. Ketika ditanya Sa’ad bin Abi Waqqash iaitu saudaranya, Umair berkata: “Saya takut dilihat Rasulullah, dia menganggap saya masih kecil dan kemudian menolak saya. Sedangkan saya benar-benar ingin pergi berjihad, semoga Allah memberikan syahid kepada saya.” Ketika perang, Umair benar-benar syahid.
Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)