,

Aku Manusia Biasa

Kadangkala aku terasa ingin berhenti…

Mahu fokus saja pada diriku sendiri
Mahu tumpu saja pada masalah sendiri
Mahu bebas daripada sebarang tanggungjawab.

Aku hanya manusia biasa
Tapi…
Aku sering terfikir
Jika apa yang aku impikan itu.

Redha-Nya
Cinta-Nya
Kasih-Nya
Ikhlas kerana-Nya
Kehendakku tidak sepatutnya wujud.

Aku hanya manusia biasa
Aku terfikir seketika
Aku terpana seketika.

Hairan dengan manusia sekarang
Bermacam ragam.

Lebih baik aku tinggalkan tugas ini
Lebih baik aku menjadi seperti mereka
Aku tidak mahu dikatakan ‘alim sendirian’.

Tetapi tersedar aku
Perlukah aku menjadi seperti mereka?

Apa tugasku di bumi milik DIA
andai aku seperti mereka?

Aku hanya manusia biasa
yang leka yang lalai.
Tapi aku cepat tersedar.

Aku mahu redha-Nya
Aku mahu cinta-Nya
Aku mahu kasih-Nya.

Aku tekad
Aku harus di jalan tarbiah ini
Menyantuni hati yang kehausan.

Moga DIA rahmatiku dalam menuju syurga-Nya
Kerana syurga DIA bukan percuma!

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nadia Sensei yang merupakan seorang guru di SMI Aman Binjai, Kelantan.

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Total votes: 5

Upvotes: 5

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%