,

Jenazahnya Dimandikan Oleh Malaikat

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَجِيبُواْ لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمۡ لِمَا يُحۡيِيكُمۡۖ ….

24.  Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu …. - QS Al-Anfal:24

Wahai orang-orang yang beriman:

ٱسۡتَجِيبُواْ....

Cepatlah di dalam respons:

لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ ....

Untuk Allah dan juga Rasulnya: 

إِذَا دَعَاكُمۡ لِمَا يُحۡيِيكُمۡۖ .....

Bila diseru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu…

Memberikan rahmat kebaikan kepada kamu, cepatlah merespons, sehingga sahabat apabila terdapat seruan-seruan termasuk seruan azan

Seorang petani yang apabila mendengar seruan azan, terus melepaskan cangkulnya, tidak mahu membuang masa untuk beribadah.

Seorang sahabat bernama Hanzalah yang dikenali dengan, 
 غَاسِلَةYang dimandikan malaikat

Mengapa dimandikan malaikat?

Kerana beliau cepat merespons, tidak menunda-nunda, tiada esok, yang ada harini dan sekarang, sekarang juga dia buat.

Sebagai contoh, hari ini beliau berkahwin, pada malam pertama, keesokan paginya beliau mendengar seruan.

Rasullullah menyeru sahabat untuk berjihad dalam Perang Uhud

Hanzalah dengan cepatnya merespons, terus keluar sebelum mandi junub dan beliau termasuk orang yang syahid di dalam peperangan itu. 

Maka didapati tubuh badannya masih basah, padahal ketika itu kering dan panas, bukan dibasahi keringat tetapi basah dengan percikan.

70 sahabat syahid, tidak seorangpun dari mereka yang basah. Maka, kata Baginda, tanya kepada keluarganya bagaimana?

Mereka mendengar dari isterinya setelah mendengar seruan dari Rasullullah untuk berjihad.

Beliau cepat di dalam merespons Rasullullah sehingga sebelum mandi junub sudah mendatangi Rasullullah.

Maka kata Baginda:

Ia sudah dimandikan oleh malaikat.

Begitulah kisah Hanzalah yang begitu cepat memenuhi seruan Rasullullah sehingga jenazahnya dimandikan malaikat. 

Semoga kita juga dapat bersegera di dalam melakukan ibadah terutamanya untuk solat di awal waktu.

Rujukan:

Cocombee, Jenazahnya Dimandikan Oleh Malaikat ᴴᴰ  

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

https://www.youtube.com/watch?v=xjuPulgeQzI

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%