,

Pasukan Muslimin Yang Kelaparan Dalam Misi Ketenteraan Diberikan Allah Rezeki Yang Mereka Tidak Sangka!

Rasulullah menghantar pasukan ketenteraan Muslimin ke kawasan Saiful Bahri yang diketuai Abu Ubaidah bin Al-Jarrah. Tujuannya adalah untuk melemahkan kaum musyrikin Quraisy dan menyekat ekonomi mereka dalam jangka masa panjang.

Seramai 300 tentera pasukan berkuda kaum Muslimin itu dihantar ke kawasan pantai untuk mengintai kafilah dagang kaum Quraisy.

Setelah beberapa lama, bekalan makanan mereka habis, yang tersisa hanyalah sedikit kurma. Mereka memakannya sedikit demi sedikit hingga akhirnya satu orang hanya satu buah kurma.

Sampai satu tahap, mereka terpaksa memakan daun pepohonan. Kata Jabir: “Sebahagian daripada kami memukul-mukul pohon dengan tongkat agar daunnya gugur. Setelah itu dedaunan kami basahi dengan air dan kami makan. Akhirnya pasukan tersebut diberi nama Khabath (memukul-mukul pohon agar daunnya gugur).

Pada saat genting seperti itu, Allah memunculkan sesuatu dari laut iaitu seekor ikan yang sangat besar! Apa yang lebih menarik, bekalan ikan itu mencukupi untuk 300 tentera selama sebulan penuh.

Saiz ikan itu sangat besar sehinggakan apabila diukur dengan salah satu tulang rusuk ikan itu dan ditegakkan, unta terbesar mereka mampu berjalan melintasi bawah tulang itu!

Setelah mereka pulang ke Madinah, mereka menceritakan pengalaman itu kepada Rasulullah sambil membawa lebihan daging ikan tersebut.

Kata Baginda: “Itu rezeki yang Allah keluarkan untuk kamu. Apa kamu membawa sebahagian dagingnya untuk engkau berikan kepada kami kemudian kami makan?”

Lalu para sahabat turut memberikan daging ikan itu kepada Rasulullah, kemudian Baginda memakannya.   

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%