,

Warkah Cinta

Ke hadapan Aliya,
Saya telah suka sedari sejak mula lagi.
012-3456789.

Aliya rasa geli semacam nak baca sampai habis. Dalam masa yang sama, terbit perasaan tak tenang.

Palpitation? Kalau tipikal drama melayu, rasa berdebar-debar. Adakah ini yang dinamakan cinta?

Memang tak lah.

Aliya sebetulnya tak betah dengan benda-benda macam ni. Rasa cinta memang tak pernah wujud sebab Aliya sendiri memang tak pernah tahu apa itu definisi cinta yang sebenarnya.

Sejak hari itu, Aliya mula rasa resah dan bersalah. Terus-terusan Aliya fikir, apa yang Aliya dah buat sampai dia boleh bagi kertas nota ni ke Aliya.

Yang pastinya, Aliya sekarang dah macam isytihar perang dingin dengan dia.

Kalau dulu, masih boleh bertegur sapa atas nama kawan. Sekarang kalau nampak dari jauh, awal-awal lagi Aliya akan menjauh.

Hidayah itu milik Allah dan ianya perlu dicari.

Sebabnya hidayah takkan menyapa hati-hati yang membuka ruang kepadaNya šŸ™‚

Jadi, usaha tu penting. Betullah mana ada benda free.

Minggu yang sama juga, jawatankuasa surau ada anjurkan satu forum. Tajuknya agak ā€˜clicheā€™, tapi sangat bertepatan dengan keadaan anak muda.

Boleh ke couple? Right, memang tepat pada masanya!

Pengisian malam itu sangatlah padu. Saudara Omar ada berkongsi di penutup forumnya bahawa rasa cinta tu fitrah.

Ya, tak salah suka seseorang. Tapi, perasaan suka sebelum tiba masanya itu harus diurus dan diterjemah dengan cara dan nilai-nilai yang baik.

Tidak seharusnya dibiarkan nafsu mengatasi akal.

Kita beriya-iya menyukai seseorang tanpa lupa bahawa hanya Allah yang berhak dicintai. Lalu tanpa sedar, hati yang seharusnya senantiasa berzikir mengingati Allah telah diisi untuk mengingati manusia.

Hati ini jika cintanya lebih kepada selain Allah, maka kuranglah cinta untuk Allah.

Seolah menjadi satu trend, ā€˜coupleā€™ atau berpasangan menjadi satu keperluan terutamanya dalam kalangan anak muda. Tak kurang juga dengan yang menggunakan agama dengan meletakkan ā€˜couple islamikā€™ sebagai alasan.

Ramai yang terpedaya dengan ā€˜couple islamikā€™ ini. Kononnya, segalanya bermula dengan niat.

Ana perlukan teman untuk ingatkan ana tahajud.
Ana perlukan sokongan untuk berubah menjadi baik.
Ana perlukan seseorang untuk membimbing ana istiqamah pada jalan yang benar.

Hakikatnya sahabat, niat tidak pernah menghalalkan cara. Hakikatnya juga, kita telah jatuh dalam permainan licik syaitan yang pastinya bergembira saat kita bergelumang dosa.

Ana tak buat maksiat, kenapa tidak boleh?

Ana hanya benarkan untuk telefon sekali sehari sahaja. Itupun untuk kejut qiyamullail.

Sahabat, maksiat itu bukan sekadar pada perbuatan, malah juga terletak pada mata, lidah dan hati.

Zina hati inilah yang paling sukar dikawal kerana ianya berada dalam diri sendiri. Kadang-kadang timbul rasa rindu dan teringatkan pasangan sehingga lupa akan Tuhan.

Ingatlah Allah berfirman bahawa ā€œJanganlah kamu mendekati zinaā€. Bukannya ā€œJanganlah kamu melakukan zinaā€.

Sahabat,

Bilamana kita menahan diri daripada perkara-perkara yang haram, Allah pasti memberikan sesuatu yang lebih baik dengan cara yang halal.

Tapi baik untuk kita boleh jadi sesuatu yang bukan kita inginkan. Tapi bukankah Allah sebaik-baik perancang?

Kenapa sampai masanya, kita manusia menjadi tidak tidak percaya dengan ketentuan Allah?

Ya Allah,seolah-olah satu jawapan yang Engkau hantarkan pada saat aku diuji dengan perasaanku.

Moga Engkau pelihara hati-hati kami untuk sentiasa mengingatiMu.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nurshafikah Nawi.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

12 points
Upvote Downvote

Total votes: 14

Upvotes: 13

Upvotes percentage: 92.857143%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 7.142857%