,

Urwah bin Mas’ud Yang Dibunuh Pengikutnya

Masih ingatkah kita kepada kisah Rasulullah SAW dan Zaid bin Harithah pergi berdakwah ke  Tha'if?

Ketika itu mereka berdua dihujani dengan batu sehingga berdarah. 

Malaikat Jibril AS kemudian menawarkan diri untuk menghampap penduduk Tha'if dengan bukit dek kerana pelakuan mereka kepada Baginda dan Zaid mereka itulah kabilah Tsaqif, penduduk Tha'if.

Ketika itu kabilah Tsaqif dipimpin oleh Urwah bin Mas’ud. 

Ketokohannya menonjol apabila beliau terpilih menjadi salah seorang wakil Quraisy untuk bertemu Rasulullah SAW dalam perjanjian Hudaibiyyah

Beliau mula tertarik dengan Baginda. Apabila pulang, beliau berkata kepada Quraisy: “Dia (Nabi Muhammad) telah menawarkan kepada kamu rancangan yang baik. Maka, terimalah ia.”

Tidak Dapat Berselindung Lagi

Pada Tahun ke-8 Hijrah, Rasulullah SAW bersama tentera Islam mengepung kota Tha’if. 

Ia merupakan rentetan daripada kejayaan mereka dalam Peperangan Hunain dan Awtas. 

Namun, ketika mana kota Tha’if dikepung, Urwah bin Mas’ud tidak berada di kotanya. Beliau ketika itu berada di Yaman.

Namun, sebaik sahaja mengetahui kepulangan rombongan Rasulullah dan tentera Islam ke kota Madinah, Urwah bergegas untuk bertemu dengan Baginda sebelum tiba di Madinah. 

Ketika itulah beliau melafazkan kalimah syahadah.

Setelah itu, beliau meminta izin daripada Rasulullah untuk pulang kepada kaumnya. 

Namun Baginda berkata kepadanya: “Mereka kelak akan membunuhmu!” 

Namun, dengan bersemangat Urwah menjawab: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku ini orang yang dikasihi oleh mereka. Mereka akan menerimanya.”

Dibunuh Kaumnya Sendiri

Urwah tidak sabar lagi untuk pulang ke kampung halamannya. Akhirnya, Rasulullah pun mengizinkannya untuk pulang. 

Kini beliau pulang bukan hanya sebagai seorang pemimpin tetapi seorang da’i juga. 

Beliau berharap agar kaumnya dapat menerima seruan Islam yang di bawanya dek kerana kedududkannya itu.

Namun, malangnya sebaliknya pula yang terjadi. Perkataan yang dilontarkan kepada kaumnya itu dibalas pula dengan anak panah.

Maka, terkorbanlah Urwah sebagai seorang syahid. 

Sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, seseorang bertanya kepadanya: “Apakah yang kamu lihat pada darahmu itu?” 

Jawab Urwah: “Aku melihat ia sebagai satu kemulaan yang mana dengannya Allah memuliakan aku. Juga, mati syahid yang Allah kurniakan kepadaku. Aku akan bersama dengan para syuhada yang telah terkorban di jalan Allah bersama Rasul-Nya. Kebumikanlah aku bersama mereka…”

Setelah itu, Urwah pun dikebumikan bersama para syuhada sebagaimana wasiatnya itu. 

Setelah kematiannya, ada yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW pernah mengatakan: “Sesungguhnya perumpamaan dia (Urwah) adalah seperti orang yang disebut dalam Surah Yaasin.

Rujukan:

Usd al-Ghabah fi Ma’rifah al-Sahabah, Ibn al-Ahir.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%