,

Kaya Itu Letaknya Di Hati, Bukan Harta

Suatu hari, pada zaman raja, dia melihat ada seorang pemuda berehat di bawah pokok. 

Pemuda itu berbaring dan berbantalkan lengan. Dia bangkit, membuka beg dan mendapati terdapat roti kering. 

Dia mengambil roti kering itu. Di hadapannya, terdapat sungai yang mengalir jernih, dibasahi roti kering itu, dimakan, selepas makan, dia meminum air sungai.

Lelaki: Alhamdulillah. (ekspresi Alhamdulillah yang dizahirkan seakan-akan dia begitu berpuas hati  dengan makanannya.)

Raja: Nikmat apa yang dia dapat dengan ekspresi luar biasa.

Raja menyuruh pengawal memanggil lelaki itu.

Apabila dihadapan raja, raja pun berkata:

Kamu tidak mempunyai rumah, hanya memakan roti kering, meminum air daripada sungai, tetapi kamu ungkapkan seperti itu, apa yang bermain di fikiran kamu sehingga kamu dapat mengekspresikan syukur itu di dalam bentuk seperti itu.

Lelaki: Wahai tuan raja, jika tuan raja memakan makanan dan ianya tidak boleh masuk ke dalam badan, tercekik kecuali dengan air dan air itu tidak boleh didapati kecuali dengan separuh harga kerajaan yang tuan raja miliki, adakah tuan raja akan membeli air itu dengan separuh kerajaan tuan?

Raja: Ya, saya tidak akan membiarkan makanan tersangkut di kerongkong saya.

Lelaki: Wahai raja, jika air yang diminum tidak boleh keluar, kecuali dibeli dengan separuh lagi kerajaan tuan raja, adakah tuan raja akan membelinya?

Raja: Ya, siapa yang mahu menahan sakit tidak boleh membuang air kecil.

Lelaki: Kalau begitu, jika mahu dibandingkan kekayaan tuan raja dengan nikmat membuang air kecil belum memadai. Saya mendapat naungan percuma, air percuma, mendapat roti, bukankah itu adalah sebesar-besar nikmat yang Allah kurniakan?

Orang istana tidak mengecapi nikmat seperti lelaki itu.

ليس الغِنى عن كثرة العَرَض ولكن الغِنى غِنى النفس

Bukanlah kekayaan dengan banyaknya harta, dan harta yang disukainya, orang yang kaya adalah yang hatinya kaya.

Ini adalah sifat dalaman bukannya luaran. Kaya tidak boleh diukur dengan hati.

Terdapat satu lagi kisah yang boleh dikaitkan dengan kekayaan hati.

Terdapat seorang miskin, tidak mempunyai harta, rezekinya hanya dengan memancing ikan.

Jika hari ini dia memancing, dapatlah dia makan. Esok pula dapat ikan, dia memakan hasil pancingannya, hari-hari begitu. Rumahnya kecil sahaja.

Suatu hari, gurunya menyuruh anak muridnya ke bandar. Pergi ke tempat abangnya untuk menyampaikan satu hajat. Anak muridnya pun pergi ke bandar. 

Pergi ke rumah abang gurunya. Didapati rumah abangnya besar. Dia pun berjumpa abangnya dan menyampaikan hajatnya. 

Kemudian, anak murid itu memberitahu, wahai tuan, saya diperintah oleh guru saya untuk memohon kepada tuan menasihati guru saya.

Abang: Beritahu kepada adik saya, jangan bergantung cinta dengan dunia.

Anak murid: Tidak silap ke memberi nasihat sedemikian, bukankah nasihat itu untuk kamu tetapi dia tidak sebut sedemikian kerana hormat.

Anak murid itu balik ke kampung dengan perasaan geram. Dia menemui gurunya dan memberitahu pesan abangnya. 

Gurunya pun menangis. Lagi pelik muridnya.

Keesokan harinya, dia menanyakan apa yang berlaku.

Guru: Wahai anak muridku, abangku tidak cintakan dunia. Dunia cintakannya sehingga mengejarnya.

Harta abangku jika dalam sekelip mata lenyap dari miliknya, tidak berubah kekayaan hatinya dengan Allah. 

Tetapi aku setiap hari berfikir, tergantung kepada esok akan dapat memancing ikan atau tidak? Masih bergantung, masih tertanya-tanya.

Jadi, ukuran kekayaan sebenar itu adalah di dalam hati.

ليس الغِنى عن كثرة العَرَض ولكن الغِنى غِنى النفس

Beruntunglah sesiapa yang mempunyai kekayaan hati.

Rujukan:

Cocombee, Kaya Itu Letaknya di Hati, Bukan Harta 

Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

https://www.youtube.com/watch?v=O2ZdX3cfzDU