, ,

Tarbiah Rasulullah Terhadap Para Sahabat Untuk Berjihad

Rasulullah memfokuskan kepada dua bahagian bagi mentarbiah para sahabat untuk berjihad, iaitu bimbingan motivasi dan latihan fizikal, malah memberi keseimbangan terhadap kedua-dua aspek tersebut.

Jom kita lihat secara terperinci…

  • Bimbingan motivasi

Rasulullah sentiasa memberikan motivasi dan menanam keyakinan bahawa pertolongan Allah sememangnya telah dijanjikan termasuklah ganjaran nikmat syurga.

Rasulullah Sollallaahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Tiada seorang pun yang masuk syurga melainkan dia merindukan untuk kembali lagi ke dunia dan dia tidak menginginkan sesuatu kecuali mati syahid. Dia berharap kembali lagi ke dunia kemudian dia dimatikan sebanyak sepuluh kali kerana kemuliaan yang ada dalam syahid.” (Hadith riwayat Bukhari)

  • Latihan fizikal

Rasulullah mengajak setiap lapisan masyarakat termasuklah kaum lelaki, perempuan, kanak-kanak, pemuda dan orang tua, agar memberi sumbangan mengikut kemampuan masing-masing, malah berusaha untuk biasakan diri dengan kemahiran dalam berjihad seperti penggunaan tombak, pedang, alat memanah dan cara menunggang kuda.

Rasulullah Sollallaahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang pandai memanah, kemudian dia meninggalkannya, maka dia bukan termasuk umatku, dan dia telah berbuat maksiat.” (Hadith riwayat Muslim)

Secara tidak langsung, ia adalah suatu seruan bahawa setiap orang termasuklah golongan tua untuk mengasah kemahiran masing-masing. Namun, Baginda tidak pernah memaksa kehendak dalam setiap keadaan, tetapi Baginda menganjurkan kaum Muslimin untuk terus berusaha sesuai dengan kemampuan yang mereka miliki.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)