, ,

Syariat Berperang Dan Batasnya Di Zaman Nabi

Adakah Islam tertegak melalui mata pedang? Sudah tentu tidak, malah peperangan itu sendiri adalah solusi terakhir yang bertujuan untuk membela Islam daripada terus ditindas oleh kaum musyrikin.

Jom kita lihat, empat tahap mengenai pensyariatan peperangan.

  • Larangan untuk berperang.

Larangan ini ketika kaum Muslimin masih berada di Makkah. Ketika mereka meminta izin Rasulullah untuk berperang, kata Baginda: “Bersabarlah, kerana sesungguhnya aku belum diperintahkan untuk berperang.”

  • Diizinkan berperang tanpa ada perintah untuk melakukannya.

“Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).” (Surah Al-Hajj 22:39)

  • Kewajipan memerangi kaum musyrikin yang memerangi kaum Muslimin.

“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.” (Surah Al-Baqarah 2:190)

  • Kewajipan memerangi seluruh kaum musyrikin secara umum.

“…dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.” (Surah At-Taubah 9:36)

Namun, harus difahami betul-betul bahawa orang Islam dilarang berperang dan membunuh orang bukan Islam sesuka hati, malah perkara ini sangat dilarang oleh Allah dan Rasul. Kewajipan berperang hanya untuk melawan orang bukan Islam yang memusuhi Islam.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)