,

Tamadun Manusia; Perspektif Islam Dan Barat

Menurut kajian sejarah yang dibuat oleh ahli sejarah barat, manusia mula bertamadun kira-kira 3500 SM.

Tamadun Mesopotamia merupakan tamadun pertama manusia. Sebelum bertamadun manusia dikatakan mengamal cara hidup primitif.

Zaman ini dikenali sebagai Zaman Prasejarah yang terbahagi kepada empat peringkat iaitu Zaman Paleolitik (Zaman Batu Lama), Zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan), Zaman Neolitik (Zaman Batu Baru) dan Zaman Logam.

Manusia primitif merupakan manusia yang tidak tahu menggunakan sumber alam. Mereka menjalani kehidupan nomad dan tinggal di gua-gua. Mereka mendapat makanan hasil daripada pemburuan dan tumbuhan liar sahaja.

Pada mulanya mereka tidak mempunyai agama dan kepercayaan sebelum mempercayai kepada semangat alam semesta seperti seperti semangat pokok, sungai, dan binatang. Kepercayaan ini dinamakan ‘Animisme’.

Lama-kelamaan manusia mula mempercayai kepada dewa-dewi atau Tuhan banyak. Kepercayaan ini dipanggil ‘Politheisme’.

Pada Zaman Paleolitik manusia hanya menggunakan batu dan kayu untuk menghalau binatang buas dan mencari tumbuhan liar.

Perkembangan teknologi bermula pada Zaman Neolitik. Manusia mula mencipta peralatan daripada batu dan kayu seperti sabit, cangkul, beliung, roda dan rakit. Manusia mula menggunakan logam seperti besi dan tembaga pada zaman logam.

Menurut perspektif Islam, Zaman prasejarah ini tidak pernah wujud kerana Allah SWT mencipta manusia sebagai khalifah di atas muka bumi.

Manusia pertama yang diciptakan ialah Nabi Adam a.s. Di dalam surah Al-Baqarah ayat 31 menerangkan bahawa Nabi Adam a.s. dikurniakan ilmu pengetahuan yang dapat mengalahkan para malaikat dan jin.

Pada masa itu Nabi Adam a.s. yang baru sahaja diciptakan dan berseorangan sedangkan para malaikat sudah berjuta-juta tahun diciptakan dan bilangan mereka tidak terhingga banyaknya.

Akan tetapi Nabi Adam a.s. dapat menyebut semua nama di langit dan di bumi yang tidak dapat disebut oleh malaikat.

Abu Zar Al-Ghifari pernah bertanyakan Nabi Muhammad s.a.w., “Ya Rasulullah, adakah Nabi Adam seorang Rasul?” Baginda menjawab, “Ya, Allah menciptakannya dengan tangannya (Kekuasaannya) dan meniupkan ruh ke dalam diri Nabi Adam.”

Setiap nabi dan rasul wajib mempunyai empat sifat iaitu Siddik (benar), Amanah (dipercayai), Tabligh (menyampaikan) dan Fatonah (cerdik).

Jadi Nabi Adam a.s. adalah seorang yang cerdik, tidak bodoh. Begitu juga dengan anak-anak nabi Adam a.s. Salah seorang darpadanya ialah Nabi Syis yang dikurniakan kepadanya lima puluh suhuf atau kitab kecil.

Rasul yang kedua ialah nabi Idris a.s yang terkenal dengan kecerdikannya. Baginda dikurniakan tiga puluh suhuf

Teori barat yang mengatakan bahawa manusia awal tidak mempunyai agama ada adalah dusta. Ini kerana manusia yang pertama di bumi adalah seorang nabi lagi rasul, yang dicptakan oleh Allah SWT di syurga.

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah 213 bermaksud, “Pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu. (Menurut perintah Allah yang satu).”

Di antara umat nabi yang terawal di dunia ini ialah umat nabi Nuh, Hud dan Soleh.

Di antara teknolgi yang hebat ialah nabi Nuh membina sebuah kapal yang sangat besar yang memuatkan lapan puluh orang dan setiap pasang binatang. Umat nabi Hud dan Soleh pula terkenal dalam bidang pembinaan (architecture) dan pertanian.

Kesimpulannya, ahli sejarah barat mereka-reka teori bagi memesongkan fakta sejarah sebenar yang bersumberkan Al-Quran dan hadis yamg merupakan kalam Allah dan Rasul.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Ab Kadir bin Abd Muluk (AKBAM).

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.