, ,

Ayah Tetap Ayah!

“Aisyah mesti tak suka balik rumah kan?” Kak Humaira bertanya kepadaku. Aku hanya menoleh dan melihat anak mata Kak Humaira, tenang dan dalam. Lambat-lambat aku senyum, lalu menjawab, “Tak suka, kak.”

Kak Humaira hanya menganggukkan kepala menandakan dia faham. Aku menarik nafas dengan begitu dalam dan menghembusnya perlahan.

Keberadaan kami berdua di ruang tamu itu memberi peluang kepada aku untuk bercerita. Tidak, aku tidak menceritakan semua itu untuk mendapatkan sebuah simpati.

Namun, aku bercerita untuk mendapatkan sebuah nasihat dan buah fikiran dari seorang sahabat.

Lalu, kesunyian yang melanda itu membuatkan fikiranku menyelak kembali lembaran-lembaran lama yang berlaku dalam kehidupanku.

Ayah.

Seorang yang garang dan peribadinya amat kasar. Tiada seorang pun daripada anak-anak ayah yang rapat dengannya. Ayah seorang yang sukar dibawa berbincang. Hanya kata-kata ayah saja yang betul. Kata-kata orang lain semuanya dianggap salah.

Ayah, lisannya cukup mengguriskan setiap hati yang mendengar perkataannya. Letaklah sesiapapun di hadapan ayah, pasti hati itu bakal tersakiti. Namun ayah tetap ayah. Tidak pernah mempedulikan insan lain.

“Nak pergi mana?” Ayah bersuara, bertanyakan kepada nenek. Tapi, nenek yang sudah lanjut usia tidak mendengar soalan ayah. Bukan sengaja dia tidak mahu menyahut.

“Pekak!” Ayah bersuara keras, sedikit amarah kerana soalannya tidak berjawab. Dan aku, sedikit kaku melihat perlakuannya. Tergamaknya ayah mengatakan begitu terhadap nenek. Aku mengeluh.

“Ayah, Aisyah nak keluar. Kawan Aisyah ajak daki bukit.” Aku bersuara perlahan, antara mahu dan tidak. Antara takut dan berharap.

“Dengan siapa?” Ayah bertanya dengan melirik mata tajam.

“Dengan Sumayyah.”

“Lepastu? Ouh..kau mesti rancang dengan kawan lain, kan? Cakap nak pergi dengan Sumayyah. Tapi kat sana nanti, rupanya pakwe tengah tunggu. Pastu dah jumpa, nak dating pulak, lepak-lepak. Macam aku tak tahu!” Ayah bersuara kasar.

“Bukan macam tu, ayah.” Namun, ayah tetap ayah.

“Dah! Tak payah pergi.”

Aku mengeluh, ayahhh…

“Mana Faiq ni tak balik lagi? Ni yang aku tak suka macam ni. Lama-lama sangat kat luar. Nanti entah apa-apa yang dibuatnya kat luar tu.” Ayah menempik dengan suara kerasnya.

“Abang, kan dia pergi belajar dengan kawannya. Kejap lagi dah habis baliklah dia.” Ibu bersuara lembut.

“Itulah engkau! Percaya sangat dengan anak. Sikit-sikit nak bela anak, tak pernahnya nak bela aku! Konon pergi belajar, tapi entah apa-apa yang dibuatnya.”

“Bang, tak baiklah tuduh-tuduh macam tu.”

Ayah menjeling ibu, “Engkau sendiri pun aku tak percaya, apatah lagi anak kau!”

Sepi.

******

“Tapi, Aisyah sayang ayah Aisyah kan?” Kak Humaira bertanya seakan ingin menguji.

“Aisyah akui, kadang-kadang rasa benci tu muncul. Tapi sejauh mana Aisyah boleh benci? Dia tetap ayah Aisyah.” Kedengaran suara Aisyah seperti menahan tangisan.

“Aisyah berdoalah semoga Allah lembutkan hati ayah Aisyah.” Aku tersenyum perli.

“Aisyah sebenarnya rasa macam penat dah nak berdoa untuk ayah. Sejujurnya, Aisyah rasa give up sangat. Boleh makbul ke doa Aisyah?”

“Doa anak solehah pasti makbul.” Satu panahan memukul tepat di hati Aisyah.

“Solehah….berat title tu kak.” Aku melihat ke wajah Kak Humaira.

“Kalau bukan doa Aisyah yang makbul, insya-Allah doa daripada adik-adik Aisyah. Tapi, boleh jadi ianya doa daripada Aisyah. Yang penting, jangan putus asa!” Kak Humaira meniupkan kembali semangat dalam diriku.

Aku tersenyum membawa satu harapan yang baru.

“Terima kasih akak.”

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nur Safa Atiqah binti Saparrudin.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%