Perang Mu’tah yang berlaku pada tahun ke-8 hijrah adalah suatu perang yang menyaksikan betapa beraninya pejuang-pejuang Islam yang lebih kurang 3000 orang sahaja berlawan dengan musuh kira-kira 200000 orang.
Namun, sebelum kita bercerita dengan lebih lanjut mengenai apa yang berlaku dalam perang Mu’tah, sebaiknya kita tahu dulu antara sebab berlakunya perang Mu’tah.
- Pembunuhan Harits bin Umair Al-Azdi
Harits adalah utusan Rasulullah kepada penguasa Busra yang berada di bawah pemerintahan Romawi. Namun, Syurahbil bin Amr-Al-Ghassani telah memenggal leher Harits sedangkan utusan sesebuah negara itu tidak boleh dibunuh sesuka hati.
2. Pasukan dakwah Amr bin Ka’ab Al-Ghifari diserang
Rasulullah mengirim pasukan yang dipimpin oleh Amr untuk berdakwah ke sebuah tempat bernama Dzatu Athla’, tetapi penduduk kawasan tersebut tidak menerima dakwah tersebut.
Bukan itu saja, malah pasukan Muslimin ini juga dikepung dari segala penjuru dan dibunuh, namun ada yang terluka parah, bertahan dan balik ke Madinah untuk berjumpa Rasulullah.
Selain itu, kaum Nasrani Syam yang dipimpin Romawi mengambil tindakan dan memberi hukuman kepada sesiapa yang memeluk agama Islam atau berfikir untuk masuk Islam. Antaranya, gabenor Ma’an dibunuh setelah masuk Islam, orang arab Syam yang memeluk Islam juga dibunuh oleh gabenor Syam.
Secara tidak langsung, ketidakadilan kepada kaum Muslimin menyebabkan perlunya untuk dilakukan sesuatu bagi menuntut bela atas kematian saudara-saudara seakidah.
Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)