,

Saat Diri Terluka Kerana Cinta

Bismillahirrahmanirrahim…

Kita selalu dengar… hidup di dunia ini adalah ujian. Suka dan duka, pahit, manis dan tawar, umpama putaran roda sekejap di atas dan kadang di bawah sekelip mata.

Tapi sebagai manusia biasa, saat diuji dengan sesuatu yang kurang menyenangkan hati dan diri, timbul rasa sedih, terluka dan kecewa.

Kita tahu… teori itu dan ini. Tapi bila diri sendiri yang kena… aduhai. Bukan senang..

Adik-adikku, rasa sedih, lemah dan menangis kecewa itu lumrah. Moga kita tidak berlama-lama dalam kesedihan dan putus asa itu.

Bangkit dan terus melangkah. Mak susah payah mengandung dan lahirkan kita, mak abah susah payah besarkan kita agar kita berjaya.

Cinta sejati adalah yang membawa ke syurga dan dekat dengan Allah. Dan perlu usaha dua belah pihak.

Jadi tak guna andai kau tetap nak pertahankan padahal dia tak bersungguh atau sudah berubah hati. Bercinta bertahun-tahun tidak menjamin ke jinjang pelamin dan kekal sampai mati. Itu hakikat.

Walau sudah tahap hampir berkahwin dan sudah melakukan persiapan majlis, andai bukan jodoh, tetap tidak akan bersatu.

Ya… kita tidak tahu perkara masa depan. Tapi fokuslah yang sekarang. Andai jodoh, akan bersatu di saat yang Allah tetapkan. ‘Whatever is meant to be, it will be’.

InsyaAllah… Allah sedang simpan sesuatu yang lebih baik untuk diri kita. HE Al-‘Aleem knows what’s the best for all of us- each of HIS servant. Agak klise kita dengar: ‘Ada hikmah dengan setiap yang terjadi’.

Walau kita tidak nampak hikmah itu sekarang, suatu saat nanti kita akan nampak dan bersyukur, insyaAllah.

Saat terluka dan dizalimi kerana cinta ditinggalkan insan tersayang, kita doa pada Ar-Rahman, semoga kita tidak melakukan kejahatan atau kesilapan yang sama di masa depan melukai insan lain. Dan… cuba untuk tidak menyimpan dendam.

Ada sebuah analogi. Kalau tidak silap saya maksudnya lebih kurang, seorang guru menyuruh setiap muridnya untuk membawa sebiji epal busuk ke mana-mana.

Pastinya busuk dan berbau dan para murid mengadu hal tidak enak itu. Dan si guru memberitahu, begitulah andai kita memiliki rasa dendam dan benci di hati.

Busuk dan sekadar membebankan, langsung tidak bermanfaat. Bahkan mengotorkan kebersihan dan kejernihan hati.

Apabila kita refleksi diri, mungkin banyak akan kita sedari. Mungkin… kita lalai, tahap cinta pada makhluk melebihi cinta Ilahi dan Rasulullah.

Bahkan, hingga meminggirkan cinta dan perhatian pada orang tua dan ahli keluarga, menjejaskan prestasi pelajaran dan sebagainya.

“Ataukah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yang dialami) orang2 terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan berbagai cobaan), sehingga rasul dan orang2 yang beriman bersamanya berkata, “Kapankah datang pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.” (Surah Al-Baqarah 2:214)

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Surah Al-Baqarah 2:155)

Sooner or later, Allah Ar-Rahman gonna grant you a better person, completing half of your deen yang lebih sesuai dan baik, insyaAllah. Jodoh ada dua, maut dan pasangan.

Teruslah berusaha menjadi yang terbaik sebelum mencari yang terbaik. Di samping persiapan ke alam abadi akhirat. Maut lebih pasti dilalui setiap insan.

‘Bukan Allah tak tahu remuknya hati, bukannya Dia tidak peduli pedihnya diuji. Dia tahu, kita mampu hadapi.’ -quoted.

‘Banyakkan melihat apa yang membangkitkan kebahagiaan, bukan memandang hal2 kebencian. Bimbang nanti merosak jiwa.’ -Fedtri Yahya. Personaliti TV3-

‘There’ll be hardship and struggle just like there’s happiness and ease. It’ the nature of this life. Don’t let the difficult times consume you.Try to focus on the good things in life. It helps you to appreciate what you have.Above all, protect your heart and soul!’ -Mufti Ismail Menk-

Sibukkan diri dengan pengajian atau pekerjaan, di samping masa bersama keluarga dan sahabat tersayang.

Lakukan senaman fizikal, hobi dan aktiviti-aktiviti yang kita minati. Satu yang pergi, tapi masih banyak insan yang menyayangi dan perhatian pada dirimu.

Bukalah mata dan tebarkan pandangan luas-luas. Banyak nikmat anugerah Allah buat kita.

Moga Allah bantu dan kuatkan hati, minda dan diri kita. Bersama kesulitan ada kemudahan, bukan? Cheer up, be positive. Live life to the fullest.

Tagged: #inspirasi #cinta #wanita

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis Dhia Faaezah. Mula berkecimpung di dunia penulisan sejak tahun 2011 di dalam blog dan cerpen di pelbagai laman web. Sebarang komen adalah dialu-alukan di ruangan bawah ataupun laman facebook/instagram Dhia Faaezah.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.