Malam Lailatul Qadar adalah malam yang ditunggu-tunggu. Malam yang menjanjikan pahala 1000 bulan bagi mereka yang melakukan kebaikan. Ramai tertanya-tanya apakah amalan di malam lailatul qadar ini.
Maksud Lailatul Qadar
Lailatul Qadar adalah gabungan dua perkataan:
1. Lailah
2. al-Qadar
Lailah maksudnya malam.
Manakala al-Qadar pula membawa beberapa maksud. Ibnu Qudamah mengatakan al-Qadar merujuk kepada malamyang mulia, diberkati, diagungkan dan mempunyai banyak kelebihan. Lihat al-Mughni 3/178.
Ibnu al-Jauzi pula memberikan 5 pengertian terhadap malam al-Qadar:
(Rujukan website Mufti Wilayah Persekutuan)
Bilakah Waktu Malam Lailatul Qadar
Malam Lailatul Qadar bermula apabila tenggelamnya matahari sehingga terbit fajar atau berlawanan dengan siang hari.
Malam Lailatul Qadar jatuh pada 10 malam terakhir Ramadan. Pada malam-malam ini, Rasulullah menghidupkan malam sehabis boleh.
Menurut Saidatina Aisyah r.anha apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w. menghidupkan malam tersebut dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang maksudnya, "“Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan Ramadan dalam malam ganjil.”
Imam al-Ghazali memberikan petua mencari malam al-Qadar:
Tanda dan Alamat Malam Lailatul Qadar
Walaupun tarikh sebenar malam Lailatul Qadar itu tidak diketahui, namun berdasarkan pengalaman ulama dan orang soleh terdahulu, ada beberapa tanda yang mereka dapat lihat. Antaranya:
Alamat 1
Sesungguhnya malam tersebut bersih terang, seolah-olah bulan yang menerangi tenang, nyaman tidak terlalu sejuk pada malam tersebut dan tidak terlalu panas dan tiadalah tempat bagi bintang untuk dilihat dengannya hingga ke waktu pagi. Dan daripada tandanya bahawa matahari pada waktu paginya keluar dalam keadaan tidak bercahaya dengan kepanasan seperti bulan penuh purnama dan syaitan tidak ada tempat untuk keluar bersamanya pada hari tersebut
Ubadah bin al-Somit R.A (rujuk Umdah al-Qari 11/134)
Alamat 2
Sesungguhnya matahari terbit pada hari tersebut tidak mempunyai cahaya dan kepanasan.
Ubay bin Kaab r.a
Alamat 3
Sesungguhnya matahari keluar setiap hari antara dua tanduk syaitan, kecuali pagi malam qadar.
Ibnu Mas'ud r.a
Kelebihan Malam Lailatul Qadar
(۲)إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿۱﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”
(Surah Al-Qadar: 1-3)
Malam Lailatul Qadar merupakan malam yang cukup hebat. Penuh dengan rahmat.
Menurut Ibnu Kathir, malam Qadar lebih afdal daripada malam Jumaat.
Walaupun begitu, ada juga pendapat yang mengatakan malam Jumaat lebih afdal. Inilah pendapat kebanyakan ulama Hanbali seperti Abil Hasan al-Jazari, Abdullah bin Battah, Abu Hafs al-Barmaki dan ramai lagi.
Antara kelebihan malam Lailatul Qadar (rujukan website Mufti WP):
Doa Malam Lailatul Qadar
Kita digalakkan memperbanyakkan doa ini pada malam bulan Ramadan terutamanya pada 10 malam terakhir:
Amalan Di Malam Lailatul Qadar
Pada malam Lailatul Qadar, kita dituntut supaya memperbanyakkan amal ibadat. Seboleh-bolehnya kurangkan waktu tidur. Beribadat sebanyak-banyaknya.
Antara amalan sunat yang anda boleh lakukan adalah:
- Membaca Al-Quran
- Perbanyakkan zikir, istighfar dan berdoa seperti doa di atas
- Beriktikaf di masjid
- Menunaikan solat Magrib, Isyak secara berjemaah
- Menunaikan solat sunat Rawatib dan witir
- Menunaikan solat terawih dan qiyamullail
- Perbanyakkan sedekah
Amalan Lailatul Qadar Bagi Perempuan Haid
Bagi wanita yang didatangi haid atau sedang uzur, mereka tidak dapat menunaikan amalan seperti kebiasaan.
Pun begitu, ini tidak menghalang perempuan haid untuk merebut peluang malam Lailatul Qadar. Antara amalan yang boleh dilakukan mereka adalah:
- Memperbanyakkan zikir
- Memperbanyakkan istighfar
- Memperbanyakkan doa
- Menghadiri majlis-majlis ilmu
- Membaca ayat-ayat Al-Quran yang sudah dihafal
- Memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
- Memperbanyakkan sedekah
Rebut Malam Lailatul Qadar
Malam ini adalah malam yang sangat istimewa. Datangnya hanya setahun sekali. Jadi sama-sama kita rebut peluang untuk mendapatkan malam yang lebih baik dari 1000 bulan.