,

Cara Solat Taubat, Niat dan Doa Yang Boleh Dibaca – [Kemaskini Terkini]

Panduan Solat Taubat Jakim

Ini adalah panduan lengkap solat taubat berdasarkan kepada rujukan daripada pejabat mufti, JAKIM dan sumber-sumber yang sahih. Panduan solat sunat taubat ini dipecahkan mengikut subtopik bagi memudahkan anda membaca.

Maksud Solat Taubat

Taubat berasal dari perkataan تاب إلى الله توبا  iaitu kembali kepada Allah dengan sebenar-benar kembali. Taubat juga membawa maksud meninggalkan maksiat.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakar r.a. Beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:

panduan solat sunat taubat

Maksudnya: Tidak ada seorang hamba yang melakukan satu dosa, lalu dia memperelokkan dalam bersuci dan dia kemudiannya bangun lalu mengerjakan solat dua rakaat dan memohon keampunan kepada Allah melainkan Allah akan mengampunkan dosanya. Kemudian dia membaca ayat ini:

Maksudnya: Dan mereka yang apabila melakukan satu dosa atau menzalimi diri mereka kemudian mereka mengingati Allah. [Surah Aali Imran: 135]

Cara Solat Taubat

Panduan Solat Taubat Jakim
  1. 1
    Mengambil wuduk yang sempurna
  2. 2
    Menunaikan solat dua rakaat 
  3. 3
    Pada rakaat pertama, baca surah Al-Fatihah diikuti Al-Kafirun dan juga surah Al-Ikhlas. Boleh juga dibaca apa-apa surah juga sekiranya mahu.
  4. 4
    Pada rakaat kedua, baca surah Al-Fatihah diikuti surah an-Nas atau surah pilihan sendiri
  5. 5
    Perbanyakkan istighfar selepas selesai solat

Bacaan Dalam Solat Taubat

Bacaan surah dalam solat sunat taubat adalah seperti yang dinyatakan tadi:

  • Rakaat pertama: Surah Al-Fatihah diikuti surah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas
  • Rakaat kedua: Surah Al-Fatihah diikuti surah an-Nas
  • Pun begitu, anda boleh membaca apa-apa surah pilihan sendiri pada mana-mana rakaat selepas surah Al-Fatihah
  • Selepas solat, perbanyakkan istighfar. Istighfar yang paling bagus adalah penghulu segala istighfar:
bacaan dalam solat taubat

Waktu Solat Taubat

Waktu yang afdhal ialah selepas tengah malam sewaktu qiamullail iaitu bangun pada 2/3 malam untuk beribadat kepada Allah SWT.

Kenapa Solat Taubat

Dalam video ini, Dr MAZA menjelaskan dengan lebih terperinci berkaitan solat taubat.

Kesimpulan Tentang Solat Taubat

Solat taubat merupakan solat yang dilaksanakan selepas seseorang itu melakukan maksiat atau kejahatan. Solat ini bagus diamalkan kerana kita sebagai manusia biasa tidak terlepas daripada melakukan dosa.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%