,

Bagaimana Syariah Islam Berkembang Dari Zaman Rasulullah?

Syariah Islam bermula dari zaman Nabi, kemudian diteruskan pada zaman sahabat, zaman Umaiyah, dan zaman Abbasiyah sehingga mencapai puncak ketamadunan ilmu dalam Islam.

Malangnya, ia menjadi semakin susut setelah Baghdad diserang oleh tentera Mongol sehingga tumbangnya empayar Islam yang agung. Secara tidak langsung, ia turut memberi kesan pada perkembangan syariah Islam itu sendiri. Ditambah pula dengan kejatuhan sistem khalifah Islam yang telah lama menguasai bumi sejak beberapa dekad.

Namun, umat Islam tidak berdiam diri, jadi ada dalam umat Islam yang membentuk gerakan pembaharuan bertujuan untuk mengembalikan keagungan Islam semula.

Apa-apa pun, jom kita lihat beberapa isi penting mengenai syariah pada zaman Rasulullah, zaman sahabat, zaman Umaiyah, zaman Abbasiyah dan zaman era baharu (tajdid).

ZAMAN RASULULLAH

  • Di Makkah (peringkat awal Islam iaitu sebelum hijrah), Al-Quran menumpukan ayat bagi membina keimanan dalam kalangan sahabat. Contohnya, ayat mengenai keesaan Allah, kehidupan selepas mati, syurga, neraka dan kisah umat-umat terdahulu.
  • Di Madinah (setelah hijrah), Al-Quran menumpukan ayat tentang hukum-hakam. Contohnya, pengharaman arak dan judi. Ada juga perbicaraan mengenai jihad, golongan ahl al-kitab dan golongan munafik.

ZAMAN SAHABAT (KHULAFA’ AR-RASYIDIN)

  • Banyak berlaku peristiwa yang tidak wujud pada zaman Rasulullah. Jadi, para sahabat berusaha untuk memahami hukum syarak melalui Al-Quran dan hadith. Namun, jika tidak ketemu, mereka mula berijtihad.
  • Khalifah sering memanggil para mujtahidun untuk mendapatkan ijma’ mereka.
  • Sebahagian sahabat sudah diajar dari awal oleh Rasulullah untuk berijtihad mengeluarkan hukum. Antara sahabat yang terkenal dalam memberi fatwa ialah Umar ibn Al-Khattab, Ali ibn Abi Thalib, Abdullah ibn Mas’ud dan lain-lain.

ZAMAN UMAIYAH

  • Umat Islam menyaksikan pelbagai kelainan jika dibandingkan dengan zaman khalifah.
  • Kurang mengutamakan agama dan banyak perkara baharu diperkenalkan.
  • Ramai ulama menjauhi kepimpinan negara kerana berasa khuatir kalau-kalau mereka dipaksa melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah.
  • Dikatakan banyak tersebar hadith palsu kerana ada ulama’ yang tidak takut Allah telah mereka-reka hadith demi memuaskan keinginan para penguasa.

ZAMAN ABBASIYAH

  • Umat Islam menyaksikan perubahan daripada segi kepimpinan dan perwatakan penguasa yang lebih mesra, ulama’ juga lebih berani dan majlis ilmu banyak digerakkan.
  • Faktor yang membawa kepada kemajuan ilmu syariah dan hal berkaitan agama.

1. Penyusunan kitab fiqh (kitab Al-Muwatta’ Imam Malik; kitab Al-Umm dan kitab Al-Risalah Imam Syafi’i)

2. Sokongan daripada pihak penguasa (membantu perkembangan syariah Islam)

3. Kewujudan mujtahid yang berwibawa (Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i, Imam Ahmad ibn Hanbal)

4. Penyusunan hadith (musnad Imam Ahmad)

5. Perluasan jajahan takluk Islam (pusat pendidikan Islam semakin banyak diwujudkan)

ZAMAN ERA BAHARU (TAJDID)

  • Ketamadunan Islam telah menyaksikan kelahiran beberapa tokoh yang mempelopori gerakan untuk memperbaharui semula keagungan Islam.
  • Syeikh Yusuf Al-Qaradawi menjelaskan tajdid berlaku dalam bentuk fizikal dan maknawi:

1. Tajdid fizikal : memperbaharui bangunan klasik seumpama istana, rumah ibadat atau masjid.

2. Tajdid maknawi : memperbaharui kefahaman (tajdid fikri) atau tajdid amal yang meliputi tajdid imani dan tajdid ruhi.

  • Syeikh Abu ‘Ala Al-Mawdudi menegaskan tajdid menjadi suatu keperluan bagi umat Islam untuk memurnikan semula kefahaman dan amalan Islam sebaik sahaja dicemari oleh unsur jahiliah.
  • 5 fiqh baharu yang disarankan oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradawi

1. Fiqh Al-Sunan

2. Fiqh Al-Awlawiyyat

3. Fiqh Maratib Al-A’mal

4. Fiqh Al-Muwazanat

5. Fiqh Al-Ikhtilaf

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%