, ,

Perang Hamra’ Al-Asad, Bukti Kaum Muslimin Tidak Putus Asa

Rasulullah mendengar berita bahawa Abu Sufyan dan kaum musyrikin tidak berpuas hati dalam perang Uhud kerana tidak mampu membunuh Rasulullah dan mendapat tawanan perang.

Lalu, Rasulullah dan para sahabat pergi ke Hamra’ Al-Asad untuk bertemu kembali dengan kaum musyrikin, bagi tujuan menakut-nakutkan musuh dan mengatakan bahawa apa yang menimpa mereka dalam perang Uhud tidak menyebabkan mereka lemah untuk mengejar musuh mereka.

Pasukan muslimin bermukim selama 3 hari di Hamra’ Al-Asad, malah Rasulullah memerintahkan agar para sahabat menyalakan lima ratus api, bertujuan untuk dilihat supaya ramai dan menimbulkan rasa takut pada kaum musyrikin.

Dalam peristiwa ini, antara orang yang memainkan peranan besar ialah Ma’bad bin Abu Ma’bad Al-Khuza’i yang datang ketemu Rasulullah dan menyatakan keislamannya. Lalu, Baginda memerintahkan agar Ma’bad mengikuti pasukan musyrikin, bertujuan untuk menakut-nakutkan mereka.

Ketika di Ar-Rauha’, Abu Sufyan bertanya kepada Ma’bad mengenai pasukan muslimin, sedangkan Abu Sufyan pada ketika itu masih tidak tahu bahawa Ma’bad telah memeluk Islam.

Namun, Abu Sufyan pada awalnya tidak berputus asa, lalu menghantar pesanan melalui kelompok Abdul Qais supaya melalui pasukan Rasulullah dan memberitahu bahawa pasukan musyrikin akan tetap ke Madinah. Respon Baginda dan para sahabat: “Cukuplah Allah sebagai penolong terbaik bagi kita.

Pasukan muslimin tetap bertahan di Hamra’ Al-Asad, lalu akhirnya pasukan musyrikin kembali ke Makkah kerana mementingkan keselamatan mereka. Secara tidak langsung, pasukan muslimin kembali ke Madinah dengan semangat yang membara.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)