, ,

Pemimpin Kaum Musyrikin Quraisy Yang Terbunuh

  • Abu Jahal bin Hisyam Al-Makhzumi

Abu Jahal telah dibunuh oleh dua orang pemuda Muslim daripada kaum Anshar iaitu Mu’awwidz bin Afra bin Al-Jamuh dan Mu’adz bin Amr bin Al-Jamuh.

Apa yang mendorong mereka berdua untuk membunuh Abu Jahal, sedangkan mereka masih lagi muda padahal Abu Jahal itu sendiri adalah tokoh besar dalam kafir Quraisy?

Ia adalah kerana mereka mendengar daripada Abdullah bin Mas’ud bahawa Abu Jahal mencaci Rasulullah, sehingga mereka sanggup untuk berjuang habis-habisan untuk membuktikan cinta mereka kepada Baginda. Setelah Abu Jahal dalam keadaan nazak disebabkan Mu’awwidz dan Mu’adz, lalu Abdullah bin Mas’ud menamatkan riwayatnya.

  • Umayyah bin Khalaf

Umayyah telah dibunuh oleh sekelompok kaum Muslimin iaitu Bilal dan juga golongan Anshar. Bilal ternampak Umayyah lalu mengikutinya sehingga berjaya membunuhnya.

  • Ubaidah bin Al-Ash

Ubaidah telah dibunuh oleh Zubair bin Al-Awwam. Ketika perang Badar, Ubaidah memakai peralatan perang yang lengkap kedua bahagian kedua matanya. Lalu, Zubair membawa tombak dan berjaya menikam bahagian matanya.

Tombak tersebut diminta oleh Rasulullah dan diberi oleh Zubair. Setelah Baginda wafat, Abu Bakar pula meminta tombak itu, diikuti Umar, Usman, Ali, kemudian diminta semula oleh Abdullah bin Zubair.

  • Al-Aswad Al-Makhzumi

Al-Aswad telah dibunuh oleh Hamzah bin Abdul Mutalib. Al-Aswad memiliki perilaku buruk, ketika dia telah bersumpah ingin menghampiri telaga kaum Muslimin, maka Hamzah menghalang dan menebas pedangnya. Dalam keadaan parah, Al-Aswad tetap ingin melaksanakan sumpahnya, lalu Hamzah terus membunuhnya di telaga.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 11

Upvotes: 6

Upvotes percentage: 54.545455%

Downvotes: 5

Downvotes percentage: 45.454545%