,

Pelajaran dari Tukang Cukur

Atha’ Bin Abi Rabah adalah salah seorang ulama’  Mekah

Ulama’ ini secara fizikalnya memiliki kekurangan dan ulama’ menulis dalam buku-buku tentang fizikal beliau bukan untuk menjatuhkan dan menceritakan aib.

 Justeru, ini adalah kelebihan. Beliau orangnya kurus, kulitnya hitam, rambutnya keriting, mata kanannya rosak dan kaki kanannya pincang

Masih muda tetapi Atha’ B. Abi Rabah telah mendapat julukan alimnya ulama’, ulama’-ulama’ tabi’in banyak menanyakan fatwa kepada Atha’. 

Luar biasa orangnya. Abu Hanifah sendiri mengakui bahawa beliau belajar dari tukang cukur Atha’

Abu Hanifah, imam mazhab pernah berkata, saya belajar dari tukang cukur Atha’ lima perkara. 

Diberitahu waktu saya sudah selesai umrah, sewaktu hendak bertahallul, saya pergi kepada seorang tukang cukur di situ, berdekatan Masjidil Haram

Kemudian saya mengajukan soalan pertama saya, berapa bayaran cukur ini?

Tukang cukur: Hai saudaraku, bertaqwalah kepada Allah. Ini ibadah. Umrah itu ibadah. Tahallul juga ibadah, kamu bukan bercukur biasa, bahkan bercukur selesai ibadah umrah. 

Saya mencukur kamu juga ibadah. Jangan ditanya nilainya. Berilah seikhlas hati kamu.

Abu Hanifah: Saya mendapat pelajaran. Betul ni. Ibadah tidak boleh ada nilainya. Allah yang akan membalas ganjarannya.

Pelajaran yang kedua dipelajari, apabila saya duduk sambil menunggu rambut saya selesai digunting, saya duduk sahaja tanpa menghiraukan arah tempat duduk saya.

Tukang cukur: Hai fulan! Menghadap kiblatlah, kaabah depan matamu. 

Kamu sekarang sedang bertahallul. Alangkah baiknya kau menghadap kiblat.

Abu hanifah: Baiklah, saya lakukan. Pelajaran ketiga, saya memberikan sisi kiri kepala saya untuk dicukur.

Tukang cukur: Bertakwalah kepada Allah, sunnah Rasullullah S.A.W., bercukur dimulakan di sebelah kanan.

Abu Hanifah: Saya mendapat pelajaran ketiga. Memang seharusnya dimulai dengan kanan. Nabi menyukai dimulai dengan kanan.

Yang keempat, semasa saya sedang bercukur, saya diam saja.

Tukang cukur: Hai fulan! Jangan diam! 

Berzikirlah kepada Allah. Kau sedang dalam ibadah. Kenapa kamu diam?

Abu hanifah: Saya mendapat ilmu yang keempat.

Setelah selesai bercukur, lalu saya membayar dan ingin beredar.

Tukang cukur: Sebentar fulan, kau mahu ke mana?

Abu Hanifah: Saya hendak pulang.

Tukang cukur: Sebentar, kamu baru selesai cukur tahallul. 

Sunnah Rasullullah S.A.W. berdoa setelah selesai tahallul. Doa selepas umrah itu mustajab.

Abu Hanifah: Saya mendapat ilmu tetapi saya melihat dari wajah tukang cukur ini bukan seorang alim. Kelihatan dari wajahnya orang biasa, bukan ulama’.

Lalu, saya bertanya, dari mana kamu belajar lima hal tadi yang kau ingatkan saya?

Tukang cukur: Dulu sewaktu saya mencukur Atha’, beliau mengajar saya itu. Atha’ sudah meninggal.

Abu Hanifah belajar lima fiqh masalah tahallul melalui tukang cukur Atha’. 

Bayangkan betapa luar biasa berkatnya ilmu Atha’ itu walaupun Atha’ sudah meninggal tetapi ilmunya masih disebut-sebut dan disebarkan

Di sini dapat diambil pelajaran bahawa kadang-kadang kita mendapat pelajaran bukan dari orang yang kita sangka dan sesungguhnya ilmu yang bermanfaat itu tiada tarikh tempohnya.

Walaupun Atha’ sudah meninggal dunia, namun ilmunya akan menjadi amal jariah buatnya dan buat kita semua.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%