,

Balasan Terhadap Pengkhianatan Yahudi Bani Quraizah Dalam Perang Ahzab

Setelah kaum Muslimin menang dari perang Khandaq, Allah memerintahkan Rasulullah untuk memerangi yahudi bani Quraizah.

Mana tidaknya, disebabkan mereka yang mengingkari janji dan membuka laluan untuk kaum musyrikin mendekati Madinah, ramai kaum Muslimin yang mati, harta dirampas, dan wanita-wanita dijadikan tawanan. Jadi, selayaknya yahudi bani Quraizah menerima balasan yang sama juga!

Rasulullah menyatakan: “Jangan ada seorang pun yang solat Asar kecuali di bani Quraizah.” (Hadith riwayat Bukhari)

Kaum Muslimin mengepung yahudi bani Quraizah selama 25 malam. Lalu, yahudi memilih untuk menyerah kalah dengan syarat Sa’ad bin Mu’adz iaitu antara pemimpin golongan Anshar yang menentukan hukuman kepada mereka, kerana mereka merasakan Sa’ad akan berlembut dengan mereka kerana adanya sekutu dengan kaumnya iaitu Aus.

Sa’ad yang pada ketika itu datang dalam keadaan dituntun kerana terkena panah ketika perang Khandaq, lalu dia memutuskan bahawa semua yang memerangi kaum Muslimin harus dibunuh, kaum wanita dan hamba wanita ditawan dan harta mereka dibahagi-bahagikan.

Rasulullah mengatakan: “Engkau memutuskan dengan hukum Allah.”

Selayaknya, yahudi bani Quraizah mendapat balasan setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan kepada kaum Muslimin.

Pelaksanaan hukuman mati dilakukan terhadap 400 orang pengkhianat yahudi di pasar Madinah, selain daripada itu terselamat kerana memenuhi janji dan ada yang memeluk Islam.

Setelah itu, barulah Madinah bersih daripada keberadaan yahudi dan terselamat daripada sebarang unsur berbahaya, konspirasi dan tipu daya.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)