,

Masa Itu Ibarat Emas

Bismillahirrahmanirrahim…

Dikatakan dalam sebuah Syair Arab, الوَقْتُ أَثْمَنُ مِنَ الذَّهَب (waktu itu lebih berharga daripada emas).

Pepatah ini bermaksud kepentingan menghargai masa. Masa merupakan benda yang tidak ternilai kerana tidak dapat dibeli atau dijual.

Peribahasa ini harus dijadikan pedoman hidup kita. Kata orang, masa tidak menunggu kita, kita yang sering perlu mengejarnya. Oleh sebab masa sangat berharga,masa perlu diisi dengan berfaedah.

Jika kita betul mengetahui sifat emas maka kita akan menghargai dan akan jaga elok-elok. Kita akan menyimpan emas tersebut dengan sebaiknya. Kita tak sanggup nak membiarkan ia hilang.

Begitu jugalah masa kerana jika kita jaga keberkatan masa maka Allah akan cukupkan masa kita seharian. Kita akan pastikan bahawa setiap masa kita itu tidak disia-siakan begitu sahaja.

Penggunaan masa yang sebaik-baiknya adalah amat wajar. Masa adalah salah satu nikmat yang amat besar daripada Allah SWT kepada manusia.

Sudah semestinya manusia memanfaatkannya secara baik, efektif dan semaksimal mungkin untuk tujuan beramal sepanjang perjalanan di dunia ini.

Satu kupasan tentang masa berdasarkan ayat daripada surah Al Ashr:

وَالْعَصْرِ (1)
إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2)
إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3

Maksudnya: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam keadaan merugi (celaka), kecuali orang-orang yang beriman, beramal shalih, saling menasihati dalam kebenaran, dan saling menasihati dalam kesabaran.” (Surah Al ‘Ashr: 1-3)

Di kesempatan ini saya suka nak kongsi sesuatu perkara yang biasa sahaja tapi luar biasa andai kita mampu amalkan.

Nabi Muhammad SAW sangat mementingkan dan menjaga solat-solat sunat, terutama yang mu’akkad.

Rasulullah SAW bersabda: “Dua rakaat sunat Subuh, lebih aku sukai daripada seisi dunia.” (Hadis riwayat Muslim)

Masuknya waktu solat sunat qabliyyah adalah ketika masuknya waktu solat tersebut dan ianya berakhir setelah masuknya waktu solat selepasnya.

Apabila Rasulullah SAW tidak dapat melakukan pada waktunya, Baginda SAW pasti akan mengqadakan solat tersebut pada waktu berikutnya.

Apabila Rasulullah SAW sendiri memberitahu bahawa solat ini lebih baik daripada seluruh isi dunia pun tak dapat nak tandingi nilai solat sunat ini.

Saya ini bukannya baik sekadar sama-sama mengajak supaya satu saat apabila saya dalam keadaan yang lalai ada orang panggil saya untuk berasa tenang.

JOM kita hargai masa, hargai cinta kasih sayang yang ada.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Siti Norhajah Hashim @ Rasian Khasrar. Sedang melanjutkan pengajian PHD dalam Faculty of Medicine di University of Sultan Zainal Abidin, Terengganu.

Anda berminat untuk menyertai Pertandingan Penulisan Islamik iLuvislam dan berpeluang memenangi hadiah Utama RM300 dengan cara menghantar artikel hasil penulisan anda? Klik sini (sah sehingga 15 Disember 2018 sahaja)