,

Ujian Besar Yang Dihadapi Maryam Ketika Malaikat Jibril Bertemu Dengannya

kisah maryam dan jibril

Nabi Zakaria menempatkan Maryam di tempat yang mulia di dalam masjid sehingga sukar untuk orang lain ketemu dengannya melainkan Nabi Zakaria saja. Di situlah Maryam beribadah kepada Allah pada siang dan malam.

Antara kemuliaan Maryam di sisi Allah adalah apabila Maryam diberikan rezeki makanan berupa buah-buahan di tempat ibadahnya, sehingga Nabi Zakaria sendiri tertanya-tanya dan berdoa agar diberikan rezeki zuriat keturunan yang baik.

Mesti ada yang terfikir, “Maryam ni tak ada ujian ke? Macam senang saja hidup dia, boleh fokus ibadah 24 jam, tak perlu fikir masalah dunia…”

Ok, sabar dulu. Korang nak tahu apa ujian yang dihadapi Maryam? Baca ni.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

وَٱذۡكُرۡ فِي ٱلۡكِتَٰبِ مَرۡيَمَ إِذِ ٱنتَبَذَتۡ مِنۡ أَهۡلِهَا مَكَانٗا شَرۡقِيّٗا فَٱتَّخَذَتۡ مِن دُونِهِمۡ حِجَابٗا فَأَرۡسَلۡنَآ إِلَيۡهَا رُوحَنَا فَتَمَثَّلَ لَهَا بَشَرٗا سَوِيّٗا قَالَتۡ إِنِّيٓ أَعُوذُ بِٱلرَّحۡمَٰنِ مِنكَ إِن كُنتَ تَقِيّٗا قَالَ إِنَّمَآ أَنَا۠ رَسُولُ رَبِّكِ لِأَهَبَ لَكِ غُلَٰمٗا زَكِيّٗا قَالَتۡ أَنَّىٰ يَكُونُ لِي غُلَٰمٞ وَلَمۡ يَمۡسَسۡنِي بَشَرٞ وَلَمۡ أَكُ بَغِيّٗا قَالَ كَذَٰلِكِ قَالَ رَبُّكِ هُوَ عَلَيَّ هَيِّنٞۖ وَلِنَجۡعَلَهُۥٓ ءَايَةٗ لِّلنَّاسِ وَرَحۡمَةٗ مِّنَّاۚ وَكَانَ أَمۡرٗا مَّقۡضِيّٗا فَحَمَلَتۡهُ فَٱنتَبَذَتۡ بِهِۦ مَكَانٗا قَصِيّٗا

Dan ceritakanlah (Muhammad) kisah Maryam di dalam Kitab (Al-Quran), (iaitu) ketika dia mengasingkan diri daripada keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur (Baitul Maqdis).

Lalu dia (Maryam) memasang tabir yang melindunginya daripada mereka (keluarganya), lalu Kami hantarkan kepadanya roh daripada Kami (Malaikat Jibril) sebagai seorang lelaki yang sempurna rupa bentuknya.

Dia (Maryam) berkata: “Sesungguhnya, aku berlindung kepada Tuhan Yang Maha Pemurah daripada (perbuatan jahat)-mu, jika kamu seorang yang bertaqwa.”

Dia (Malaikat Jibril) berkata: “Sesungguhnya aku hanyalah utusan Tuhanmu, untuk menyampaikan anugerah kepadamu seorang anak lelaki yang suci.”

“Dia (Maryam) berkata: “Bagaimana mungkin aku mempunyai anak lelaki, padahal tidak pernah ada lelaki yang menyentuhku dan aku bukan seorang penzina!”

Dia (Malaikat Jibril) berkata: “Demikianlah. Tuhanmu berfirman: ‘Hal itu mudah bagi-Ku, dan agar Kami menjadikannya suatu tanda kebesaran Allah bagi manusia dan sebagai rahmat daripada Kami, dan hal itu adalah suatu urusan yang sudah diputuskan.”

Maka dia (Maryam) mengandung, lalu dia mengasingkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh.

(Surah Maryam 19:16-22)

Nota kaki : Artikel ini ditulis oleh Aizuddin Hamid. Layari https://t.me/aizuddinhamiid untuk perkongsian bermanfaat.