, ,

Kontrak Atau Akad Dalam Sistem Muamalat Islam Moden

Islam begitu menekankan hubungan sesama manusia, jadi melalui sistem muamalat Islam, banyak kontrak, akad atau perjanjian yang boleh diaplikasikan mengikut kesesuaian masing-masing.

Jom kita lihat beberapa kontrak dalam sistem muamalat Islam:

(a) Bai’ al-Murabahah : Kontrak jualan yang margin keuntungan penjual didedahkan kepada pembeli.

(b) Bai’ Bithaman ‘Ajil : Kontrak jualan berdasarkan bayaran tertunggak atau bayaran ansuran.

(c) Bai’ al-‘Urbun : Kontrak jualan yang melibatkan sejumlah wang cagaran (deposit) dibayar terlebih dahulu kepada penjual.

(d) Bai’ al-‘Inah : Dua kontak jual beli yang berasingan pada aset yang sama, contohnya melibatkan bank, penjual dan pembeli.

(e) Bai’ al-Tawarruq : Dua kontak jual beli pada aset yang sama, contohnya pembeli boleh memilih pihak untuk menjual barang yang telah dibelinya bagi mendapatkan wang.

(f) Bai’ al-Dayn : Pembelian dan penjualan instrumen hutang seperti sijil dan saham.

(g) Bai’ al-Istisna’ : Kontrak yang melibatkan pesanan terhadap sesuatu belian, contohnya seperti pra-tempah atau pembinaan bangunan.

(h) Bai’ al-Wafa’ : Jual beli dua pihak yang disertai syarat bahawa barang dijual itu dapat dikembalikan kepada penjual.

(i) Al-Wadi’ah : Kontrak yang mana satu pihak akan menyimpan sesuatu harta sebagai amanah daripada pihak yang satu lagi.

(j) Al-Ijarah : Kontrak pemilik menyewakan aset kepada pelanggan pada suatu kadar sewaan yang dipersetujui kedua-dua pihak.

(k) Al-Musyarakah : Perkongsian atau usaha sama perniagaan dalam satu ikatan kontrak bagi mendapatkan keuntungan.

(l) Mudarabah : Kontrak perkongsian keuntungan antara dua atau lebih pihak yang biasanya disebut pemilik modal.

(m) Al-Wakalah : Kontrak antara pemilik dan ejen yang dilantik bagi menguruskan sesuatu urusan jual beli atau pelaburan.

(n) Al-Kafalah : Jaminan yang diberi oleh penanggung (penjamin) untuk memenuhi keperluan tanggungannya.

Wallahu’alam.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%