,

Bagaimana Islam Boleh Bertapak di Tanah Melayu?

alam melayu

Undang-undang Islam ialah peraturan yang telah ditetapkan Allah melalui perantaraan malaikat Jibril dan disampaikan kepada Rasulullah. Islam sendiri merangkumi segenap aspek kehidupan manusia, bukan hanya sekadar hubungan dengan Allah tetapi juga dengan manusia dan makhluk lain.

Para sarjana Islam membahagikan undang-undang Islam kepada tujuh bahagian utama, iaitu:

1. Undang-undang kekeluargaan

2. Undang-undang kewangan

3. Undang-undang sivil

4. Undang-undang jenayah dan keseksaan

5. Undang-undang antarabangsa

6. Undang-undang perlembagaan

7. Undang-undang acara dan keterangan

Ok, sekarang ni jom kita lihat, bagaimana Islam boleh sampai ke Tanah Melayu.

Sebelum kedatangan Islam, penduduk di Tanah Melayu dipengaruhi oleh kepercayaan hindu di samping adat masyarakat Melayu sendiri. Jadi, apabila Islam datang, segala kesyirikan dan amalan yang tidak elok dihapuskan.

Sebahagian pengkaji sejarah agama di Malaysia berpandangan bahawa Islam berkembang di Asia Tenggara sejak kurun ke-13 M dan sampai ke Tanah melayu lebih kurang satu kurun selepas itu. Walau apapun, berdasarkan fakta, pandangan yang lebih kuat adalah pada kurun ke-15 iaitu ketika Islam bertapak kuat di melaka.

Pada ketika itu, Islam datang ke Tanah Melayu melalui para pedagang dari Timur Tengah dan juga Parsi. Di samping berniaga, mereka juga menyebarkan Islam sehinggalah mereka berjaya meyakinkan raja-raja Melayu ketika itu mengenai keindahan Islam.

Setelah pemimpin Tanah Melayu memeluk Islam, sudah pastilah rakyat juga akan memeluk Islam. Jadi, peraturan-peraturan baharu telah digubal supaya ia selari dengan apa yang diajarkan melalui al-Quran dan sunnah.