,

Kisah Duit Derma Dicampakkan Depan Mata

pengalaman sebenar penulis

tangan sedekah

Al-kisah satu cerita yang aku rasa harus diluahkan, takut nanti terlupa kerana masa memamah usia.

Otak semakin lupa,
Rasa semakin hilang,
Waktu itu semakin berjauhan.

Apakah yang berlaku?

Di perantauan ini,
Aku punya satu pengalaman
Takkan aku lupakan walau sedetik cuma
Di saat itu,
Perasaaan aku berbolak-balik
Terasa diri dihina..
Terasa kerdilnya dunia..
Terasa marah yang tak terhingga..
Terasa ingin menangis semahunya..
Terasa pedihnya jiwa..
Terasa sakitnya minda..
Panas membahang di dada..
Keliru menyelubungi mata.

Apakah itu tandanya?

Apakah salahku?

Sering aku tertanya,

Di manakah silapku?

Derma yang ikhlas diberi kepada seorang budak telah
DICAMPAK,
DIBALING,
DIHEMPAS….

*ting..ting..ting..!!* (bunyi syiling bertaburan di atas jalan raya yang terhampar)

Di depan mataku sendiri!

Masihku ingat matanya yang memandangku dengan tajam sekali melihat kepadaku setelah aku memberi wang (sedekah kepadanya) yang mungkin dikategori SEDIKIT itu pada saat itu.

Ibaratnya, seperti mindaku dapat membaca gerak hatinya,

“INI SAJA YANG KAU MAMPU BAGI? AKU TAK INGIN DUIT KAU YANG SEDIKIT INILAH!”

Lalu serta-merta kau lemparkan duit itu keluar pintu kenderaan tanpa rasa bersyukur serta amarah!

Sejurus aku terdengar bunyi duit syiling dihempas di jalanan,

Hatiku…tak dapat nak ditafsir,

Adakah benar kejadian ini berlaku?

Muka ku bertukar kemerahan menahan amarah,

Terasa hangat di muka serta jiwa,

Rasa seperti DIHINA,
Rasa KERDIL,
Rasa MALU,
Rasa SAKITNYA HATI ini..Ya ALLAH!!

Hanya ALLAH yang tahu betapa aku menahan perasaan menangis ketika itu.

Namun tangisan itu tak dapat dibendung apabila pada saat itu jua lah,
Seorang ibu seperti dapat mengetahui isi hati anaknya,
Lantas aku menerima mesej dari ibuku :

“Ana sudah zikir?”

“Kalau zikir kena tafakur iaitu ingat-ingatkan ALLAH, bayangkan Allah itu dekat dengan kita, gunakan akal kita fikir-fikirkan wujud Allah dan ingatkan sifat-sifat Allah”

“Jangan zikir otak ingat benda lain seperti keldai mengisar gandum, puas berjalan tetapi hanya berpusing di tempat yang sama dan tidak ke mana-mana”

“Jangan zikir otak ingat benda lain seperti keldai mengisar gandum, puas berjalan tetapi hanya berpusing di tempat yang sama dan tidak ke mana-mana”

Ya Allah,
Benarlah hati seorang ibu itu kuat nalurinya,
Di saat aku terluka,
Dia tiba dengan kata-katanya yang menyentuh jiwa.

Subhanallah, Maha Suci Allah,

Allah lebih mengetahui segalanya..

Kejadian di atas menyebabkan hatiku sering ragu-ragu untuk bersedekah lagi.
Namun hatiku tidak enak, lalu kuluahkan kepada seorang rakan akan kegusaran hati ini.

Aku bertanya “Kenapa kejadian itu berlaku kepada aku?”.

Temanku membuat aku tersedar dengan kata-katanya yang paling berkesan di minda,

“Allah itu ingin menguji kau, adakah setelah peristiwa itu, kau masih mampu ikhlas dalam memberi sedekah?”

Dalam banyak-banyak orang, kenapa mesti KAU??

Sebab kau adalah hamba yang TERPILIH.

Aku tengok kau, yang selalu derma pada orang,

Tetapi dalam banyak-banyak orang yang menderma,

Allah mahu UJI kau daripada yang lain,

“Bersyukurlah kerana kau TERPILIH. Agar kembali kepada jalanNYA.”

Alhamdulillah.

Pengalaman ini sangat berharga buat diriku..

Walaupun menyakitkan, namun terselit hikmah yang terindah maksudnya.

Alhamdulillah.

Kejadian di atas berlaku pada tanggal 30/5/2011, 08.39 malam di Indonesia, dalam angkot nombor 03. Turut menyaksikan kejadian di atas 5 orang teman seperjuanganku.

Maklumat Penulis

Ditulis oleh Nur Farhana Abd Rahman (NFAR). Seorang mahasiswa di perantauan. Kembara mengenal dunia. Artikel ini merupakan salah satu daripada artikel yang menyertai sayembara penulisan iluvislam.