,

Apa Pengajaran Hasil Daripada Perang Hunain dan Thaif?

pengajaran perang hunain

1. Dalam peperangan melawan kabilah Hazawin dan Thaqif itu, tentera Islam meraih kemenangan. Namun, itu adalah perang terakhir Rasulullah melawan kaum musyrikin Arab.

2. Warga Makkah dan kaum Badwi yang baru masuk Islam dan terlibat dengan peperangan ini membawa pulang banyak harta rampasan perang ke kampung halaman, secara tidak langsung dapat menjinakkan hati mereka untuk Islam di samping dapat tanda yang terbesar iaitu pengakuan Rasulullah atas keimanan mereka, doa untuk mereka dan anak cucu keturunan.

3. Barisan penduduk Makkah dan Hawazin bergabung dengan Islam, mereka menjadi kekuatan yang menyerang berhala, patung dan sembahan jahiliah di Jazirah Arab. Kabilah Hawazin juga memainkan peranan untuk memerangi penduduk Thaif sehinggalah mereka masuk Islam.

4. Daulah Islam menjadi semakin luas dan melantik amir (ketua) di Makkah dan kabilah Hawazin. Tempat-tempat itu menjadi sebahagian daripada daulah Islam yang ibu kotanya di Madinah. Jadi, Rasulullah semakin mudah untuk mengirim utusan-utusan dakwah tanpa rasa takut atau malu kepada sesiapapun.

5. Setelah penaklukan Makkah, Madinah didatangi ramai utusan daripada pelbagai kawasan yang menerima Islam.

6. Gerakan pasukan-pasukan Daulah Islam dalam usaha untuk menghancurkan berhala dan patung di sekitar jazirah Arab, kini setelah peperangan yang berjaya menarik ramai masuk Islam, secara tidak langsung usaha untuk menghancurkan berhala lebih mudah.

7. Rasulullah mengatur kewajipan zakat dan mengumpulkan zakat daripada pelbagai kabilah yang bergabung dengan Daulah Islam.

Rujukan : Kitab Sirah Nabawiyyah (Dr Ali Muhammad As-Shallabi)