Rasa kehidupan
Tidak jua manis dirasa selamanya
Kerana pahit pasti datang
Begitulah liku beginilah jalan
Di lorong hidup
Seringkala rasa tawar dengan perkara kecil
Apa lagi merasa masin dengan yang besar
Bahkan jua rasa kelat itu
kadangkala singgah sebentar walau sekejap cuma
Namun diri harus kuat
melawan masamnya cabaran mahupun dugaan
Inilah rasa kehidupan
Aku, kalian dan kamu
Termasuk jua mereka akan merasakanya
Simpanlah sedikit yang pahit dalam hidupmu
sebagai sesuatu pengajaran
Dan berhati-hatilah dengan yang manis
Kerana manis tak selamanya baik
adakala ia memudaratkan
Usah lemah dan lesu
Ayuh bangkit gagahkah diri
Rasa hidup masih belum berhenti
Sebelum diri dijemput Ilahi
Pastikan iman sentiasa dijiwa
Walau apa yang dirasa oleh hati
Kelak kau kan mengerti
Betapa indah ujian rasa kehidupan yang diberi
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Hamzah bin Muhamad. Berasal dari Johor Bahru. Merupakan seorang pekerja swasta.
Ia merupakan salah satu daripada artikel yang menyertai Pertandingan Penulisan Islamik iLuvislam 1.0 (PPii1) – klik di sini untuk menyertai PPii1.