Nilai adalah keinginan yang menyala-nyala dalam diri yang menyebabkan kita terdorong, sanggup berkorban dan rela menempuh kesusahan demi mencapai tujuan hidup.
Nilai adalah satu keyakinan yang kukuh dan mampu bertahan lama dalam diri seseorang.
Seandainya nilai tidak wujud dalam diri kita, sudah tentu kita tidak boleh menentukan apa yang benar dan apa yang salah dalam kehidupan kita sehari-harian.
Nilai yang baik mendorong kita menjadi hamba yang taat dan patuh kepada perintah Allah.
Nilai yang buruk pula akan menyebabkan seseorang itu melanggar perintah Allah.
Contohnya solat Subuh. Kita semua tahu setiap hari kita mendengar muazin menyeru solat itu lebih baik daripada tidur.
Namun begitu, masih ada yang menarik selimut tanpa terus bangun dan solat.
Mengapa tindakan kita tidak selaras dengan apa yang kita telah ketahui?
Begitu juga dengan rokok. Ramai yang tahu merokok itu berbahaya kepada kesihatan kita, tetapi masih ada yang tidak menghiraukan pesanan itu.
Mengapa semua ini terjadi?
Tepuk dada tanya iman!
Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.
Ini menunjukkan bahawa dominasi emosi mengatasi logik.
Apakah yang mempengaruhi emosi kita?
Sudah tentu jawapannya nilai!
Oleh sebab itu, nilai merupakan elemen penting dalam kehidupan kita.
Jika nilai yang kita pegang itu benar dan betul, tindakan kita pun betul dan benar.
Sekiranya tersasar, kehidupan kita pun tersasar juga.
Semoga nilai-nilai negatif terhindar dalam diri.
Semoga cas-cas positif sentiasa dalam diri kita.
Semoga kita sentiasa dalam jagaan Allah SWT.
Maklumat Penulis
Artikel ini ditulis oleh Nadia Sensei yang merupakan seorang guru di SMI Aman Binjai, Kelantan.
Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.