,

Kemuliaan Keluarga Imran & Anaknya Maryam Sehingga Ada Dua Nama Surah di Dalam Al-Quran

Surah Maryam

Korang mesti pernah dengar nama Maryam, kan? Iyalah, dalam 114 surah yang ada di dalam Al-Quran, salah satunya ialah surah Maryam iaitu surah ke-19.

Jadi, apa istimewanya Maryam? Siapa Maryam?

Maryam ialah anak kepada Imran iaitu seorang lelaki soleh. Bahkan, surah ke-3 di dalam Al-Quran juga dinamakan surah A-li’Imraan yang bermaksud keluarga Imran.

Betapa mulianya keluarga Imran sehingga dicatatkan kisah keluarga itu di dalam Al-Quran, bukan saja Imran seorang yang soleh, isterinya juga seorang yang solehah, lalu melahirkan Maryam yang juga solehah. Bukan itu saja, Maryam turut dibimbing guru yang soleh iaitu Nabi Zakaria.

Melalui zuriat keturunan yang baik inilah lahirnya Nabi Isa iaitu anak kepada Maryam yang dilahirkan tanpa bapa dengan kekuasaan Allah.

Jom kita baca sedikit kisah yang dinyatakan di dalam Al-Quran.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

إِذۡ قَالَتِ ٱمۡرَأَتُ عِمۡرَٰنَ رَبِّ إِنِّي نَذَرۡتُ لَكَ مَا فِي بَطۡنِي مُحَرَّرٗا فَتَقَبَّلۡ مِنِّيٓۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ فَلَمَّا وَضَعَتۡهَا قَالَتۡ رَبِّ إِنِّي وَضَعۡتُهَآ أُنثَىٰ وَٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِمَا وَضَعَتۡ وَلَيۡسَ ٱلذَّكَرُ كَٱلۡأُنثَىٰۖ وَإِنِّي سَمَّيۡتُهَا مَرۡيَمَ وَإِنِّيٓ أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ ٱلرَّجِيمِ

(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:” Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu – dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, daripada godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.

(Surah Ali-‘Imran 3:35-36)

Nota kaki : Artikel ini ditulis oleh Aizuddin Hamid. Layari https://t.me/aizuddinhamiid untuk perkongsian bermanfaat.