,

Kematian Suatu Peralihan Kehidupan

“Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati, dan kepada kami (Allah) kamu akan kembali.” (Al-Ankabut: ayat 57)

Perjalanan kehidupan manusia pasti akan tiba satu detik berangkat meninggalkan dunia ini.

Detik ini merupakan perpisahan manusia dengan insan-insan yang tersayang. Detik ini dinamakan detik kematian dan kematian kita merupakan rahsia Allah SWT terhadap hamba-Nya.

Pernah tak kita tertanya diri kita sendiri. Bila agaknya detik kematian kita? Bersediakah kita untuk menghadapi saat kematian itu?

Ok. Muhasabah diri kita seketika.

Kematian kita hanya DIA yang tahu. Kematian merupakan detik yang akan menyaksikan terpisahnya roh daripada jasad.

Pada saat itu, jasad kita terbujur kaku tanpa mampu berbuat apa-apa lagi.

Jasad ini hanya menanti ehsan dan daripada mereka yang masih hidup untuk diuruskan dan disemadikan di liang lahad.

Maka, itulah petanda berakhirnya perjalanan hidup manusia di bumi-Nya.

Namun berakhir kehidupan di dunia bukan bermakna titik noktah untuk segala-galanya.

Sebaliknya, ia merupakan sebuah perjalanan permulaan untuk ke fasa baharu seorang manusia.

Hal ini demikian kerana kematian merupakan satu peralihan kehidupan ke alam barzakh.

Ingatlah! Alam ini merupakan alam persinggahan sementara menanti hari kebangkitan di padang mahsyar.

Sudah bersediakah kita dengan bekalan amalan kita? Catatan amalan kiri atau catatan amalan kanan yang banyak untuk ke neraca perhitungan DIA?

Tepuk dada, tanya iman kita. Mana satu kita?

Istighfar.

Istighfar.

Istighfar.

Jom! Kumpul amalan kita agar kita bersama-sama menuju ke syurga-Nya.

Ingatlah! Syurga DIA bukan percuma! Semoga kita sentiasa dalam jagaan DIA.

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Nadia Sensei yang merupakan seorang guru di SMI Aman Binjai, Kelantan.

Berminat menulis artikel? Anda inginkan supaya hasil penulisan anda diterbitkan dalam website iluvislam? Klik sini.